Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian masyarakat Covid-19 diperluas buat pengendali gerai Pusat Tekka: MOH

Nov 25, 2020 | 11:16 PM



SEBAGAI sebahagian daripada usaha progresif menjalankan ujian kemasyarakatan dipertingkat, Kementerian Kesihatan (MOH) akan memperluas ujian Covid-19 kepada pengendali gerai di dalam dan sekitar Pusat Tekka.



Operasi ujian itu akan dikendalikan berhampiran stesen MRT Little India mulai Khamis (26 November).



Demikian diumumkan MOH dalam kenyataannya pada Rabu malam (25 November).



MOH berkata sedang Singapura secara beransur-ansur membuka semula ekonomi dan menyambung semula kegiatan sosial, pemerintah telah menjalankan ujian Covid-19 secara meluas dalam masyarakat bagi memudahkan pengesanan awal jangkitan itu dan mendapat gambaran lebih baik mengenai berleluasanya virus tersebut dalam penduduk.



Ujian pemantauan sejauh ini telah dijalankan buat pemandu teksi/kereta sewa privet, pekerja pengiriman makanan dan juruwang.



Sementara itu, tujuh kes import jangkitan Covid-19 baru dikesan MOH pada Rabu.



Dalam kalangan kes tersebut, satu kes melibatkan Penduduk Tetap (PR) Singapura dan seorang lagi pemegang pas pelajar yang kedua-duanya mempunyai sejarah perjalanan dari India.



Sebanyak empat kes pula adalah pemegang permit kerja yang kini bertugas di Singapura dan mempunyai sejarah perjalanan dari India, Indonesia dan Filipina.



Baki satu kes pula merupakan pemegang pas lawatan jangka pendek dengan sejarah perjalanan dari Ukraine.



Lelaki berusia 36 tahun itu merupakan kru kapal yang datang ke Singapura untuk menaiki kapal yang berlabuh di sini.



Seramai 12 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. 



Manakala 42 kes masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih. 



Salah satu kes pula berada di Unit Jagaan Rapi (ICU) manakala 29 kes pula diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >