Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian pantas antigen bagi kegiatan berskala besar

Perolehi keputusan ujian dalam 30 minit; matlamat bagi kurangi risiko penularan Covid-19
Oct 21, 2020 | 05:30 AM



BAGI membolehkan lebih banyak acara dan kegiatan disambung semula dengan cara yang lebih selamat, Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) akan menguji kegunaan ujian Covid-19 praacara bagi majlis serta kegiatan berskala besar.



Tujuannya adalah untuk mengurangkan risiko kes Covid-19 semasa acara atau kegiatan tersebut.



Peserta yang menghadiri acara itu terlebih dahulu perlu mengambil ujian pantas antigen (ART) dan memperoleh keputusan negatif sebelum dibenarkan masuk.



Ujian itu juga merupakan sebahagian daripada strategi kementerian untuk memperluaskan lagi kaedah ujian Covid-19 bagi pelbagai kegunaan, berbanding hanya bergantung kepada ujian reaksi rangkaian polimerase (PCR).



Keputusan daripada ujian itu boleh diperolehi dalam waktu yang singkat - dalam masa sekitar 30 minit - dan ujian boleh dilakukan di tempat acara, atau di kemudahan ujian yang berasingan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan semalam.



Acara berskala besar akan dikenal pasti oleh pemerintah dari pertengahan Oktober hingga Disember tahun ini, dan ia akan merangkumi acara perniagaan ke perniagaan, majlis perkahwinan, persembahan langsung dan acara sukan, kata MOH.



"Memandangkan perlunya masa yang lebih cepat untuk mendapatkan keputusan daripada ujian praacara, kami sedang meneroka penggunaan ujian pantas antigen yang dapat menghasilkan keputusan yang hampir tepat dalam waktu yang singkat," kata MOH.



Untuk ujian yang dilakukan di kemudahan ujian berasingan, peserta harus menunjukkan hasil ujian negatif yang tertera di sijil yang diperolehi dan ia hanya boleh digunakan untuk jangka waktu 24 jam, termasuk semasa acara itu diadakan.



Sementara itu, peserta acara berbilang hari perlu menjalani ujian harian sepanjang tempoh acara tersebut, namun mereka yang menghadiri beberapa acara dalam masa 24 jam hanya perlu menjalani satu ujian sahaja.



Bagaimanapun, mereka yang diuji positif harus menjalani pengasingan dan mengambil ujian PCR, dan tidak boleh meninggalkan tempat pengasingan mereka sehingga mendapat keputusan negatif, kata MOH lagi.



Kedua-dua ujian ART dan PCR akan dijalankan secara percuma sepanjang tempoh pihak berkuasa menguji kegunaan ujian Covid-19 praacara itu.



Meskipun demikian, MOH berkata, tidak seperti ujian PCR, ujian ART mungkin tidak akan menghasilkan keputusan yang begitu tepat.



Oleh itu, Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, yang juga pengerusi bersama MTF, menegaskan ujian praacara itu tidak bererti rakyat Singapura dapat mengambil sikap sambil lewa dan mengabaikan langkah-langkah pengurusan selamat, seperti memakai pelitup, yang masih akan dikuatkuasakan.



"Masih terdapat kemungkinan mereka yang dijangkiti tidak dapat dikesan oleh ujian ini.



"Jadi sekiranya keputusan mereka negatif, langkah pengurusan selamat harus tetap dipatuhi di acara ini," kata Encik Gan dalam satu sidang akhbar MTF semalam.



Sementara itu, Menteri Pendidikan, yang juga pengerusi bersama MTF, Encik Lawrence Wong, berkata ujian ART mudah didapati dan telahpun dijalankan di beberapa negara.



Beliau berkata: "Ujian ini sudah dilakukan di luar negara dan kami akan membawanya ke Singapura, sebelum melancarkannya dalam masa terdekat.



"Dengan adanya pelbagai kit ujian pantas yang akan melengkapkan lagi ujian PCR... kedua-dua ujian ini dapat membolehkan kita memasuki fasa ketiga dengan lebih selamat."




"Ujian ini sudah dilakukan di luar negara dan kami akan membawanya ke Singapura, sebelum melancarkannya dalam masa terdekat. Dengan adanya pelbagai kit ujian pantas yang akan melengkapkan lagi ujian PCR... kedua-dua ujian ini dapat membolehkan kita memasuki fasa ketiga dengan lebih selamat."
- Menteri Pendidikan yang juga pengerusi bersama MTF, Encik Lawrence Wong.



"Masih terdapat kemungkinan mereka yang dijangkiti tidak dapat dikesan oleh ujian ini. Jadi sekiranya keputusan mereka negatif, langkah pengurusan selamat harus tetap dipatuhi di acara ini."
- Menteri Kesihatan yang juga pengerusi bersama MTF, Encik Gan Kim Yong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >