Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian pengawasan di Bukit Merah View dedah 5 kes Covid-19; tiada kes di Beo Crescent

Jun 23, 2021 | 05:44 PM



UJIAN pengawasan buat mereka yang mengunjungi, tinggal atau bekerja di beberapa kawasan Beo Crescent dan Bukit Merah View sudah ditamatkan dengan lima kes ditemui, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (23 Jun).



Kesemua lima kes ini dikenal pasti di kawasan Bukit Merah View selepas proses ujian itu tamat pada Isnin. Tiada kes yang dikesan di tapak ujian Beo Crescent di mana ujian dijalankan hingga Ahad.



Kesemuanya, 2,133 penduduk dan pengunjung di Blok 116, 117, 118, 119, 124A, 124B, 125 dan 126 Bukit Merah View menjalani ujian tersebut, tambah MOH. Dari sejumlah itu, 2,128 individu diuji negatif Covid-19.



Kes yang dikesan termasuk lelaki 63 tahun yang bekerja dengan CSP Maintenance sebagai pekerja pembersihan di ruang kemasyarakatan bersepadu Enabling Village di 20 Lengkok Bahru. Kesnya berkait dengan kelompok 119 Bukit Merah View dan diuji positif pada Ahad.



Beliau adalah anggota keluarga dan kontak isi rumah seorang suri rumah berusia 62 tahun yang diuji positif pada hari yang sama serta berkait dengan kelompok yang sama.



Beliau tidak menampakkan tanda jangkitan dan dikesan ketika menjalani ujian Covid-19 sebagai sebahagian ujian pengawasan masyarakat. Hasil ujian serologinya negatif.



Dua kes lain yang berkait dengan kelompok Pasar dan Pusat Makanan Bukit Merah View serta  satu lagi yang berkait dengan kelompok 119 Bukit Merah View pada Selasa.



MOH berkata 458 pemilik, penyewa dan kakitangan di unit kedai dan komersial di Pasar Beo Crescent, Pusat Makanan Havelock serta Blok 34, 36, 38, 40 dan 46 Beo Crescent perlu menjalani ujian Covid-19 wajib.



Kesemuanya didapati negatif Covid-19, tambah MOH.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >