Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian praacara wajib bagi yang ambil vaksin Sinovac

MOH: Vaksin tidak dalam program vaksinasi nasional, mungkin tidak cukup berkesan bagi lindungi terhadap Covid-19, khususnya varian Delta
Jul 01, 2021 | 05:30 AM



MEREKA yang telah menerima vaksin Covid-19 Sinovac tidak akan dikecualikan daripada ujian praacara, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Vaksin yang tidak dirangkumkan dalam program vaksinasi nasional Singapura - Sinovac antaranya - mungkin tidak mempunyai dokumentasi cukup tentang keberkesanan vaksin itu dalam memberi perlindungan terhadap jangkitan dan, khususnya, terhadap varian Delta Covid-19, yang sedang menular, kata MOH.



Varian Delta adalah mutasi baru koronavirus itu yang lebih berjangkit.



"Oleh itu, dari sudut pandangan kesihatan awam, individu yang divaksin dengan vaksin selain daripada yang ada dalam program vaksinasi nasional Covid-19 kita akan tetap perlu menjalani ujian praacara," kata MOH.



Pemerintah sebelum ini berkata mereka yang divaksin sepenuhnya dikecualikan daripada ujian praacara sebelum menghadiri acara seperti persembahan langsung; acara mesyuarat, insentif, sidang dan pameran (Mice), dan majlis pernikahan.



Pihak berkuasa memberi kelulusan bulan lalu kepada 24 klinik jagaan kesihatan swasta untuk mendapatkan bekalan vaksin Sinovac sedia ada pemerintah.



Vaksin Sinovac bukan sebahagian daripada rejim vaksinasi nasional Singapura, yang kini menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan Moderna.



Sejak dua minggu lalu, kebanyakan klinik itu menerima banyak panggilan telefon dan permintaan daripada penduduk yang mahu vaksin Sinovac, dengan ramai yang bergegas mendaftarkan minat mereka dan disertakan dalam senarai menunggu bagi vaksin buatan China itu.



Ini meskipun pihak berkuasa berkata vaksin Sinovac tidak begitu berkesan sepenuhnya dalam mencegah jangkitan, berdasarkan bukti dari negara lain.



Vaksin Sinovac masih tidak berdaftar dan tidak diluluskan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) bagi penggunaan di bawah Laluan Akses Khas Pandemik.



Ia disediakan di sini hanya di bawah rangka kerja Laluan Akses Khas (SAR).



Vaksin di bawah rangka kerja itu tidak termasuk di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin, sebuah skim yang menyokong individu yang mengalami kesan buruk daripada vaksinasi Covid-19, yang bertujuan bagi program vaksinasi nasional.



MOH menambah semalam bahawa doktor perlu memaklumkan kepada pesakit yang menerima vaksin di bawah SAR bahawa mereka mungkin tidak dianggap sama seperti orang yang divaksin di bawah program nasional.



Ini membolehkan pesakit mereka menimbangkan risiko dan manfaatnya apabila mendapatkan vaksinasi menggunakan vaksin SAR sedemikian, kata MOH.



Sementara itu, tiga kes Covid-19 dalam masyarakat yang diumumkan kelmarin didapati ada kaitan dengan kelompok di Hospital Besar Changi.



Ini menjadikan kes dalam kelompok itu berjumlah 13.



Baki dua kes dalam masyarakat yang dilaporkan kelmarin dikaitkan dengan kelompok di Blok 105 Henderson Crescent dan kelompok melibatkan seorang pesara berusia 81 tahun, kata MOH.



Kementerian itu menambah bahawa pasukan bertindak berbilang kementerian yang menangani Covid-19 akan mengubah format kenyataan media harian, "sedang kita beralih ke fasa baru menentang pandemik ini, dengan tumpuan kukuh pada mencegah virus daripada menular, memvaksin penduduk kita dan memulakan proses beralih ke norma baru".



MOH berkata selain jumlah kes harian, ia akan merangkumkan maklumat mengenai trend utama keadaan tempatan, kelompok yang sedang dipantau, kemajuan vaksinasi dan jumlah orang yang mengalami bentuk penyakit yang teruk.




"... dari sudut pandangan kesihatan awam, individu yang divaksin dengan vaksin selain daripada yang ada dalam program vaksinasi nasional Covid-19 kita tetap perlu menjalani ujian praacara."
- Kementerian Kesihatan (MOH).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >