Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Ujian sukarela Covid-19: Lebih 10,000 peserta disahkan negatif

Sep 23, 2020 | 09:03 PM



KEPUTUSAN ujian Covid-negatif adalah berita positif yang dapat diperoleh pada musim ini.



Inilah keputusan ujian yang diterima oleh lebih daripada 10,000 pemandu teksi dan kereta sewa privet (PHC) baru-baru ini setelah mereka menjalani ujian Covid-19 sukarela, kata Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung pada Rabu (23 Sep).



Langkah ini merupakan sebahagian daripada pendekatan Kementerian Kesihatan (MOH) Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), termasuk beberapa agensi pemerintah lain yang telah memulakan operasi ujian sukarela Covid-19 bagi golongan tersebut.



Dalam kenyataannya, MOH menambah, ia juga telah melancarkan usaha ujian sukarela perintis ini terhadap pemilik gerai di pusat penjaja, pasar dan kedai kopi di Kawasan Undi Marine Parade, termasuk beberapa kumpulan pekerja penghantaran makanan yang tertentu.



Menyusuli itu, Encik Ong berkata: "Ujian adalah kunci (kejayaan) dalam memerangi Covid-19."



"Saya turut gembira bahawa pemandu teksi dan PHC kami telah disahkan sihat dan selamat," tambahnya lagi dalam catatannya di Facebook.



MOH turut mendedahkan pada Rabu bahawa selain pemandu teksi dan PHC, seramai 750 pemilik gerai dan pekerja penghantaran makanan telah diuji di kawasan Marine Parade sewaktu ujian perintis itu diadakan antara 19 dengan 20 September lalu.



Kesemua peserta ujian sukarela tersebut telah disahkan negatif, jelas MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >