SEMUA murid dan kakitangan Sekolah Rendah Punggol akan menjalani ujian swab wajib pada Khamis (29 Julai) dan Jumaat (30 Julai) setelah satu kelompok yang dikaitkan dengan pekerja pembersihan di sekolah tersebut membesar kepada tujuh kes semalam.
Sementara itu, sekolah tersebut akan beralih kepada format pembelajaran di rumah (HBL) dari hari ini sehingga 6 Ogos.
The Straits Times melaporkan bahawa seorang guru dan dua murid juga telah diuji positif Covid-19.
Guru itu bukan kontak dekat dengan murid-murid tersebut.
Siasatan masih dijalankan untuk melihat sama ada kes-kes itu berkaitan.
Lagi dua pekerja pembersihan dan satu kakitangan sekolah turut diuji positif Covid-19. Mereka tidak berada dalam kontak dekat dengan murid-murid atau guru.
Sekolah Rendah Punggol telah ditutup dan dibersihkan serta dinyahjangkit.