Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian teori wajib buat penunggang e-skuter, e-basikal mulai pertengahan 2021; semua basikal perlu ada brek mulai Sep

Mar 05, 2021 | 06:48 PM



UJIAN teori mandatori untuk penunggang skuter elektri (e-skuter) dan basikal elektrik (e-basikal) akan bermula pertengahan tahun ini, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, pada Jumaat (5 Mac).


Ini akan memastikan semua penunggang alat bermotor sedemikian tahu peraturan dan tatakelakuan yang sedia ada, katanya semasa perbahasan bagi belanjawan kementeriannya.


Dalam satu lagi langkah untuk meningkatkan keselamatan, Encik Baey berkata semua basikal yang digunakan di jalan raya dan laluan awam juga perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu brek tangan yang berfungsi, mulai September.


Walaupun beliau tidak memberi tarikh tertentu mengenai bila ujian wajib untuk penunggang e-skuter dan e-basikal akan dimulakan, beliau berkata buku panduan ujian akan dikeluarkan bulan depan.


Pengumuman itu dibuat lebih setahun setelah idea untuk ujian mandatori pertama kali dicetuskan oleh Panel Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP) pada September 2019, berikutan beberapa kemalangan yang melibatkan alat mobiliti dan kematian seorang penunggang basikal setelah bertembung dengan e-skuter yang dipandu laju.


AMAP juga telah mengusulkan syarat agar semua basikal mempunyai sekurang-kurangnya satu brek tangan yang berfungsi, yang diterima oleh pemerintah pada Januari. Ini menyusuli satu kemalangan maut melibatkan basikal tanpa brek tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >