Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini tetap meriah meskipun tiada acara besar-besaran disebabkan pandemik Covid-19.
Ternyata, atur cara baru Perbarisan Hari Kebangsaan 2020 ini membolehkan penduduk menyaksikannya di kediaman masing-masing dengan beberapa unsur seperti Perarakan Kenderaan, pasukan Singa Merah, Terbang Lalu Bendera dan lain-lain yang dibawa ke kawasan kejiranan termasuk siaran langsung persembahan pada segmen petang.