Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ulang tahun kedua WGS disambut meriah

Ketengahkan siri program berpaksi masyarakat demi menggalak pemahaman lebih baik tentang pelbagai skim, khidmat sokongan pemerintah
Jan 26, 2021 | 05:30 AM



SAMBUTAN ulang tahun kedua Wisma Geylang Serai (WGS) telah diadakan dengan gilang-gemilang hujung minggu lalu.



Bertemakan 'Meraikan Geylang Serai, Penyayang terhadap Masyarakat,' sambutan tiga hari bermula Jumaat itu, mengetengahkan siri program yang berpaksikan masyarakat demi menggalak pemahaman lebih baik tentang pelbagai skim dan khidmat sokongan pemerintah dan tempatan bagi masyarakat.



Sambutan ulang tahun yang diadakan malam kelmarin dijalankan dalam bentuk hibrid, dengan kehadiran penonton fizikal di WGS dan juga alam maya, yang boleh menonton acara tersebut secara langsung di Facebook dan YouTube WGS.



Kemeriahan sambutan itu diserikan tetamu terhormat Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di kawasan Persada Budaya, WGS, malam kelmarin.



Turut hadir ialah Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Maliki Osman; Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim; dan Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.



Sempena ulang tahun kedua WGS itu, satu Pameran Pekerjaan dan Kemahiran telah dianjurkan dengan kerjasama rakan kongsi seperti Mendaki SENSE dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i), dengan 800 kerja kosong dan peluang latihan ditawarkan.



Di samping itu, satu lagi bandar M³@Geylang Serai telah diperkenal dan ini merupakan M³@Bandar yang kesembilan.



Menulis di Facebooknya, Encik Masagos gembira dengan penubuhan M³@Geylang Serai, yang menurutnya akan memastikan keluarga memerlukan akan dapat didekati dan dibantu menerusi pelbagai program M3 serta sumber masyarakat dan nasional yang lain.



"M³@Geylang Serai menumpukan perhatian terhadap tiga bidang utama seperti mempromosikan masyarakat lebih penyayang dalam kalangan jiran di kawasan Geylang Serai, menggalak pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pekerja pertengahan kerjaya serta gaya hidup lebih aktif dan sihat dalam kalangan penduduk," ujarnya.



Beliau turut berharap lebih ramai masyarakat Melayu/Islam dapat turut serta dalam pelbagai usaha M³ demi kebaikan masyarakat.



"Dengan bertambahnya rangkaian M³@Bandar, saya juga menyeru agar lebih ramai karyawan dan sukarelawan dapat tampil dan menyumbang kemahiran mereka demi kemajuan masyarakat," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >