Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ular sawa di pasar Bukit Batok

Apr 28, 2018 | 06:43 PM



SEEKOR ular sawa  sesat menyebabkan kekecohan  di sebuah pasar basah di Bukit Batok pada pagi Sabtu (28 April), dengan ramai orang berkumpul untuk mengambil gambar dan video reptilia itu.



Video yang dipaparkan oleh pengguna Facebook Sunny Rajah menunjukkan ular besar itu  melingkar   di alur sebuah  bumbung.



Encik Rajah kemudian  menyiarkan gambar  orang ramai, kira-kira 30 hingga 40 orang, “semua menunggu ular itu keluar”.



Encik Kalai Vanan, timbalan ketua pegawai eksekutif kumpulan penyelamat hidupan liar Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (Acres), memberitahu akhbar The Straits Times,   kumpulan itu menerima panggilan mengenai ular sawa tersebut  pada pagi Sabtu.



“Ia ular sawa  tempatan   yang ditemui di pasar  basah,” katanya. “Kami percaya ular sawa itu   sedang makan tikus apabila ia mula-mula dilihat. Ular itu telah kembali ke  jurang bumbung dan tidak dapat ditemui lagi.”



Beliau menambah bahawa “tidak ada apa-apa yang perlu dikhuatiri”.



“Tikus dan burung kecil biasa  menggunakan kawasan bumbung sebagai rumah dan ular itu mungkin memutuskan untuk tinggal di sana untuk mencari makanan,” katanya.



Acres menggesa orang ramai supaya tidak terkejut, dan menasihati mereka jangan mengusik   atau menagani  ular itu.



Sesiapa yang menemui ular itu  boleh menghubungi Acres menerusi  9783-7782.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >