Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Ular sawa telan kucing peliharaan guru di kondominium Tanah Merah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Ular sawa telan kucing peliharaan guru di kondominium Tanah Merah

Sep 01, 2022 | 09:58 PM

SEEKOR ular sawa menelan kucing peliharaan seorang guru di perkarangan sebuah kondominium di Tanah Merah.

Pemilik kucing itu, Cik Angel Low, 28 tahun, mengesyaki ada yang tidak kena apabila kucing bernama Ben itu tidak pulang rumah pada malam Isnin, sesudah beliau mendapat tahu seekor ular sawa dengan perutnya bergelembung ditangkap hari itu.

"Ben biasanya akan pulang apabila mendengar suara ibu saya memanggilnya. Kami mengesyaki ada yang tak kena selepas menonton video yang dikongsi penduduk kondominium lain. Ia menunjukkan ular sawa berperut buncit.

"Kami terus menghubungi Persatuan Keprihatinan, Kajian dan Pendidikan Haiwan (Acres) yang menangkap ular itu," cerita Cik Low.

Ben yang beratnya enam kilogram berusia tiga tahun.

Betapa terkejutnya keluarga Cik Low keesokan harinya apabila mendapat tahu ular sawa itu memuntahkan bangkai kucing mereka dalam perjalanan ke Taman Haiwan Mandai.

Namun, sudah terlambat bagi mereka mendapatkan bangkai kucing itu sebab ia sudah dibuang kakitangan taman haiwan itu.

"Alangkah baiknya kalau mereka lebih peka dalam menangani isu ini...khususnya apabila kucing saya mempunyai kolar (petanda ia milik seseorang)," kata Cik Low yang merasakan kakitangan taman haiwan itu sepatutnya berusaha menyelidiki jika kucing itu mempunyai pemilik.

Menjawab soalan The Straits Times, Mandai Wildlife Group dan Acres berkata ular sawa itu dibawa ke hospital haiwan mereka yang merupakan pusat tampungan ular sawa yang diselamatkan di Singapura.

Dalam perjalanan ke hospital itu, ular itu dikatakan telah memuntahkan kucing yang telah ditelan. Apabila diimbas di hospital, bangkai kucing itu tidak mempunyai cip mikro yang menunjukkan asal-usulnya, kata mereka.

"Acres menghubungi pegawai keselamatan di kondominium untuk mendapatkan maklum balas dan diberitahu tiada yang melaporkan tentang kucing yang hilang.

"Selepas berbincang, kededua pihak mengambil keputusan menanam bangkai itu mengikut protokol taman haiwan yang biasa dilakukan bagi tujuan biokeselamatan," tambah mereka.

Menyusuli kejadian itu, jabatan rawatan dan jagaan haiwan di Mandai Wildlife Group sedang menyemak semula prosesnya bagi menyimpan haiwan peliharaan yang mati serta dibawa ke hospital.

Ini adalah kali pertama Cik Low sekeluarga yang menetap di rumah tiga tingkat terlihat ular di D'Manor sejak mereka berpindah ke estet itu lebih 10 tahun lalu.

Mereka terkejut kerana kondominium itu tidak berhampiran sebarang kawasan alam semesta.

"Ibu saya terlalu sedih kerana beliau amat rapat dengan Ben yang kami pelihara sejak usianya seminggu. Ben adalah kucing yang baik dan tidak akan menyakiti perasaan sesiapa.

"Apabila kami bersedih, Ben menghampiri kami dan menggeselkan bulunya pada kaki kami. Ben sangat manja.

"Setiap kali kami fikirkan tentang apa yang terjadi, kami akan menangis," tambah Cik Low.

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3