Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ular tidak dijumpai buat 172 tahun ditemui mati di Hutan Simpanan Bukit Timah

Nov 01, 2019 | 12:04 PM



ULAR yang buat 172 tahun tidak kelihatan di Singapura dijumpai mati di Hutan Simpanan Bukit Timah September lalu, menurut satu laporan yang difailkan semalam (31 Oktober).



Dr John van Wyhe, pensyarah kanan di Universiti Nasional Singapura (NUS), menjumpai ular jenis ‘lined blind’ itu, yang juga dikenali dengan nama saintifiknya Ramphotyphlops lineatus, di trek berbasikal hutan tersebut pada 16 September lalu.



Kelihatan seperti cacing, penemuan ular hitam yang panjangnya lebih 50 sentimeter itu mengubah statusnya yang sebelum ini dicatat sebagai "tidak dapat dipastikan" - atau masih memerlukan pengesahan - sebagai  masih wujud di Singapura.



"Tidak sangka ia ditemui di Singapura kerana ia adalah spesies yang jarang ditemui walaupun di Malaysia," kata Encik Law Ing Sind, pengasas bersama Persatuan Herpetologi Singapura yang membantu mengenal pasti ular tersebut. Herpetologi ialah bidang mengkaji mengenai binatang jenis reptilia dan amfibia.



Katanya: "Kami masih kurang pasti mengenai betapa besarnya bilangan ular tersebut dan di mana  mereka berkumpul di Singapura.’’

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >