Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Umat Islam SG mula berpuasa esok

Apr 12, 2021 | 07:28 PM



MASYARAKAT Islam Singapura mula berpuasa esok (13 April) setelah Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir mengisytiharkan awal Ramadan 1442 Hijrah jatuh pada Selasa, 13 April 2021.



Dalam kenyataan sempena pengisytiharan awal Ramadan, Mufti berkata:

“Marilah kita menerima kedatangan tetamu Allah ini dengan hati yang suci dan niat yang murni, mencari kebaikan buat diri, keluarga dan masyarakat.



“Semoga Allah swt membantu kita mengatasi segala cabaran dan menjadikan kita manusia dan masyarakat yang lebih bertakwa.”



Tarikh awal Ramadan di Singapura ditentukan mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (Mabims).



Dalam pada itu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) juga mengumumkan kadar zakat fitrah bagi Ramadan tahun ini ialah $5.10 bagi kadar biasa dan $7.50 bagi kadar lebih tinggi untuk seorang.



Kadar zakat fitrah ditentukan Jawatankuasa Zakat dan Fitrah Muis dengan menggunakan harga purata 2.3 kilogram gred beras yang merupakan makanan utama masyarakat Islam di Singapura.



Orang ramai boleh memilih kadar yang bersesuaian dengan pemakanan harian mereka, dan zakat fitrah perlu dibayar dalam bulan Ramadan dan paling lewat pada pagi Hari Raya sebelum solat Aidilfitri.



Masyarakat Islam setempat digalak untuk menunaikan kewajipan zakat secara digital melalui kaedah dalam talian menerusi portal zakat yang telah dipertingkatkan di www.zakat.sg.



Mereka juga boleh membayar zakat fitrah melalui salah satu cara berikut:

1) Mesin AXS di seluruh negara

2) Bayaran dalam talian menerusi laman web DBS/POSB https://internet-banking.dbs.com.sg dan CIMB Clicks https://www.cimbclicks.com.sg

3) Pemindahan wang di ATM DBS/POSB

4) Secara tunai atau NETS di pejabat Muis dan masjid-masjid tertentu

5) Cek yang dibayar kepada Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >