Subuh
5:40
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Umat Islam terbuka hadapi sekitaran global yang berubah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

ARTIKEL KHAS PENDIDIKAN

Umat Islam terbuka hadapi sekitaran global yang berubah

Dec 17, 2021 | 05:30 AM

DALAM menghadapi keadaan perkara yang tidak menentu (VUCA), umat Islam perlu memahami lagi ajaran agamanya secara lebih mendalam.

Ini kerana keadaan dunia memang sebagai ujian untuk meningkatkan lagi modal insan dengan berpegang kepada prinsip bahawa segala yang Allah swt ciptakan mempunyai hikmah di sebaliknya, ada pengajaran diperuntukkan dari setiap peristiwa yang baik mahupun buruk.

Allah swt telah menetapkan segala sesuatu menurut qadar-Nya. Bagi orang Muslim, kita perlu tambah beriman bahawa peristiwa dan kejadian di alam ini adalah benar untuk mengeluarkan kualiti terbaik orang-orang yang beriman.

Demikian penjelasan Pengarah Eksekutif, Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri, Ustaz Mas'udin Syarifuddin, dalam mengatasi keadaan perkara yang tidak menentu (VUCA) yang telah mengakibatkan pelbagai gangguan dalam kehidupan semasa pandemik Covid-19.

Justeru, umat Islam harus bijak merebut peluang yang masih perlu penerokaan yang disebabkan oleh keadaan VUCA.

VUCA tidak hanya sebagai ancaman, tetapi juga suatu keadaan yang membuka peluang-peluang baru.

Antara contoh peluang baru dalam pengajian Islam, adalah seperti memanfaatkan teknologi terkini yang membolehkan pembelajaran dalam talian sepanjang pergerakan fizikal terhambat oleh keadaan Covid-19.

Selain umat Islam perlu melihat bahawa membuka peluang baru adalah saham baginya yang akan diberikan ganjaran secara setimpal di akhirat kelak.

Memberi contoh tentang bagaimana umat Islam pada tempoh dahulu pernah hadapi keadaan tidak menentu tetapi cuba mengatasinya dengan mempelajari ilmu baru, Ustaz Mas'udin memberitahu:

"Apabila keluasan geografi yang didiami umat Islam mencapai negeri-negeri yang jauh pada kurun awal, umat Islam mempelajari ilmu-ilmu baru dari ketamadunan yang lain, seperti sains dan falsafah dari Yunani, bidang matematik dari India dan bidang pembuatan kertas dari China.

"Jadi, umat Islam pada tempoh dahulu terbuka dan dinamik dengan tetap berpegang teguh kepada prinsip-prinsip ajaran Islam.

"Dengan begitu, mereka cepat menyesuaikan diri dengan masyarakat lain dan dapat mengatasi cabaran semasa dengan baik."

Lantaran itu, amatlah penting bagi golongan dewasa atau lanjut usia untuk mempertingkatkan diri dalam bidang agama walaupun sudah mempunyai ilmu agama yang asas.

Menurut Ustaz Mas'udin, golongan dewasa adalah golongan menurut ilmu fiqah sebagai orang yang mukallaf atau yang memikul tanggungjawab kerana mereka telah sampai kepada tahap kematangan dari segi usia dan daya berfikir.

Oleh itu, mereka perlu berupaya untuk membekalkan diri dengan ilmu-ilmu yang mencukupi untuk menjadi pembimbing bagi orang-orang yang berada di bawah tanggungjawab mereka seperti keluarga, orang-orang bekerja dengannya atau di bawahnya.

Berbekalkan ilmu itu juga, mereka dapat berkongsi secara berhemah berkenaan ilmu yang telah diperolehi daripada pensyarah-pensyarah serta pembimbing-pembimbing yang berkemahiran di dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran.

Dengan itu, amalan yang lahir daripada kefahaman ilmu pengetahuan tersebut dapat mendatangkan manfaat dan keberkahan yang membuahkan hasil di dunia dan akhirat.

Kefahaman agama yang menyeimbangkan antara keperluan di dunia dan akhirat akan membantu umat Islam mengatasi kesukaran dengan munasabah.

"Pengajian Islam untuk meningkatkan diri supaya dapat terus berupaya menghadapi realiti di dunia yang penuh ujian, pada masa yang sama menyeimbanginya dengan keyakinan terdapat ganjaran di akhirat kelak.

"Dengan menjadi ummatan wasatan (umat yang adil), umat Islam berupaya menyepadukan dan menyelaraskan tuntutan-tuntutan yang rumit dan mencabar di dalam mengharungi keadaan VUCA," kata Ustaz Mas'udin.

Pendaftaran 2022 sudah dibuka. Sila lungsuri www.zuhri.com.sg untuk maklumat lanjut atau mendaftar secara online 


"Umat Islam pada tempoh dahulu pernah hadapi keadaan tidak menentu tetapi cuba mengatasinya dengan mempelajari ilmu baru. Apabila keluasan geografi yang didiami umat Islam mencapai negeri-negeri yang jauh pada kurun awal, umat Islam mempelajari ilmu-ilmu baru dari ketamadunan yang lain, seperti sains dan falsafah dari Yunani, bidang matematik dari India dan bidang pembuatan kertas dari China."
- Pengarah Eksekutif Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri, Ustaz Mas'udin Syarifuddin.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3