Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Umrah dijangka masih tidak dapat dilaksana dalam masa terdekat: Amtas

Jan 01, 2021 | 05:30 AM



MASYARAKAT Muslim Singapura dijangka masih tidak dapat melaksanakan ibadah umrah dalam masa terdekat ini kerana pandemik Covid-19 yang masih berlarutan serta risiko yang tinggi berkaitannya, kata Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas).



Amtas mengumumkan demikian semasa persidangan media yang diadakan di pejabatnya kelmarin setelah menerima banyak pertanyaan daripada masyarakat mengenai kemungkinan menjalankan ibadah tersebut.



Berikutan pengumuman tersebut, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengeluarkan kenyataan medianya sendiri, menyokong kenyataan Amtas itu.



"Muis berkongsi komitmen Amtas untuk melindungi bakal jemaah dan masyarakat lain secara am daripada risiko dijangkiti (Covid-19).



"Pendekatan Amtas juga selaras dengan garis pandu nasional yang ada sekarang berkenaan perjalanan ke luar negara," kata Ketua Perkhidmatan Haji, Muis, Encik Mohamed Faizal Abdul Hathi.



Timbalan Presiden Amtas, Ustaz Jalaluddin Hassan, berkata beliau menjangkakan ibadah umrah mungkin hanya bakal dapat dilaksanakan selepas musim Haji 2021.



"Keseluruhan masyarakat Singapura dijangka dapat divaksinasi sekitar suku ketiga tahun hadapan, jadi sekiranya semuanya berjalan lancar, mudah-mudahan kita akan dapat melihat umrah bermula semula selepas musim Haji," kata beliau.



Sementara itu, Muis berkata pandemik Covid-19 yang belum selesai menimbulkan banyak risiko dan ketidakpastian bagi perjalanan ke luar negara.



"Akan ada kos besar sekiranya seseorang dijangkiti dan dimasukkan ke hospital, dan ada juga kemungkinan pembatalan atau perubahan penerbangan.



"Oleh itu, faktor sedemikian menjadikan perjalanan umrah tidak digalakkan buat masa ini.



"Muis akan terus bekerja rapat dengan Amtas dan pihak berkuasa pemerintah lain untuk terus memantau keadaan dan menilai sama ada ia selamat dan sesuai bagi umrah disambung semula," tambah Encik Mohamed Faizal lagi.



Beliau menegaskan bahawa keutamaan Muis ialah keselamatan dan kesejahteraan jemaah serta masyarakat secara am.




Amtas: Usah buat tempahan, bayaran pada pihak dakwa dapat urus umrah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >