Umrah, haji ditangguh: Ubah atau ‘pupus’
Firma pelancongan teroka niaga lain untuk menakat, lebih 10 GSA sudah ‘gulung tikar’
SEJAK pandemik Covid-19 mencengkam dunia awal tahun lalu sekali gus menjejas perlaksanaan ibadah umrah dan haji, banyak perubahan terpaksa dilakukan ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA) di sini.
Meskipun akur amat perit mengharungi sekatan perjalanan ke tanah suci, yang dijangka berlarutan hingga suku ketiga tahun ini bagi jemaah Singapura, GSA yang dihubungi akhbar ini masih berpegang pada harapan hari-hari mendatang yang lebih cerah.
Bahkan, buat masa ini, ramai GSA yang juga merupakan ejen pelancongan secara amnya, telah meneroka bidang-bidang lain untuk memastikan penakatan perniagaan mereka.
Ustaz Muhammat Nazer Monet misalnya, telah memulakan Pengurusan Jenazah Uhud bersama dua lagi rakan niaga pada September tahun lalu.
Wang hasil perniagaan urus jenazah dan kuburnya itu sedikit sebanyak dapat membantu meneruskan operasi syarikat Thoha Travels & Tours di mana beliau merupakan pengarah urusannya.
Wang simpanan syarikat dari sejak dahulu lagi juga amat membantu dalam memastikan syarikatnya itu dapat bertahan sehingga kini, kata Ustaz Nazer.
Namun, tidak semua syarikat pelancongan mengalami nasib baik serupa.
Lebih daripada 10 agensi pelancongan yang menawarkan khidmat umrah telah menamatkan operasi, menurut senarai yang terdapat di laman Lembaga Pelancongan Singapura (STB).
Berita Minggu difahamkan ada syarikat berada dalam senarai tersebut kerana menghadapi isu perakaunan yang tertunggak.
Ikuti laporan penuh di BM (17 Jan).