Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Undang-undang akan digubal jamin data TraceTogether hanya boleh guna bagi jenayah amat serius

Jan 08, 2021 | 10:50 PM



SATU undang-undang akan digubal untuk memberi jaminan bahawa data dari program jejak kontak TraceTogether hanya boleh digunakan untuk penyiasatan jenayah yang dihadkan kepada tujuh kategori kesalahan serius, kata Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) pada Jumaat (8 Jan).



Undang-undang tersebut akan memperincikan bahawa data peribadi, yang dikumpulkan melalui huraian jejak kontak digital merangkumi Program TraceTogether dan Program SafeEntry, hanya boleh digunakan untuk tujuan khusus bagi jejak kontak, kecuali jika terdapat keperluan jelas dan mendesak menggunakannya untuk penyiasatan jenayah serius.



Antara tujuh kategori jenayah serius itu termasuk pengganasan, pembunuhan, kesalahan dadah yang membawa hukuman mati, rogol dan penculikan.



Dalam kenyataannya, SNDGO menambah pemerintah mengakui kesilapannya tidak menyatakan bahawa data TraceTogether boleh digunakan untuk penyiasatan jenayah di bawah peruntukan Kod Prosedur Jenayah (CPC).



Semasa di Parlimen Isnin lalu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri) Desmond Tan berkata data TraceTogether tidak dilarang digunakan daripada peruntukan CPC yang membenarkan polis mengakses data diperlukan dalam penyiasatan jenayah.



Pada Selasa pula, Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan dan Menteri Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam memberitahu Parlimen bahawa data yang dikumpulkan dari TraceTogether akan hanya digunakan secara amat terbatas.



Kedua Menteri itu berkata walaupun polis mempunyai kuasa untuk mengakses data bagi siasatan jenayah, mereka akan hanya menggunakannya untuk kesalahan amat serius seperti pembunuhan.



SNDGO berkata undang-undang itu akan menyenaraikan sepenuhnya tujuh kategori kesalahan serius di mana data peribadi yang dikumpulkan bagi jejak kontak Covid-19 boleh digunakan untuk siasatan polis, atau prosiding mahkamah.



“Data tersebut tidak boleh digunakan dalam siasatan, pertanyaan atau prosiding mahkamah bagi sebarang jenayah lain selain tujuh kategori itu,” kata SNDGO.



Rang undang-undang itu akan diperkenalkan dalam sesi Parlimen bulan depan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >