Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Undang-undang baru lindungi kanak-kanak, orang muda daripada gejala dadah

Menjadi satu jenayah untuk ajar, arah, semai atau beri maklumat untuk guna, edar dadah
Jan 16, 2019 | 05:30 AM



SATU undang-undang baru telah diperkenalkan yang menjadikan seseorang yang memperkenalkan atau mengajar orang lain menggunakan dan mendapatkan dadah sebagai satu kesalahan.



Ia juga menjadi satu kesalahan bagi mendedahkan anak-anak kepada dadah dan mereka yang membenarkan golongan muda menggunakan dadah.



Pindaan itu disertakan dalam Akta Penyalahgunaan Dadah yang diluluskan di Parlimen semalam.



Menteri Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata kategori baru telah diperkenalkan bagi menangani 'tabiat dadah yang mencemar' yang tidak termasuk dalam definisi pengedaran dadah.



Membentangkan perubahan itu semalam, Encik Shanmugam berkata ia menjadi satu kesalahan untuk memperkenalkan seseorang kepada pengedar dadah jika beliau tahu atau mempunyai sebab untuk meyakini bahawa individu yang diperkenalkan itu merancang membeli atau menggunakan dadah tersebut.



Malah, ia menjadi satu jenayah untuk mengajar, mengarah atau memberi maklumat kepada orang lain untuk menggunakan, menyemai atau mengedar dadah jika beliau mengetahui atau mempunyai sebab mengetahui bahawa individu itu akan menjalankan kegiatan dadah.



"Walaupun si pelaku tidak mempunyai pengetahuan mengenai niat penerima itu dalam menjalankan kegiatan dadah, pelaku itu masih menyebabkan bahaya,'' jelas Encik Shanmugam.



Seramai 16 Anggota Parlimen (AP) berucap bagi menyokong pindaan itu termasuk AP pembangkang dari Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, serta Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Abbas Ali Mohamed Irshad.



Sementara itu, satu pindaan baru turut diluluskan di mana ia menjadi satu kesalahan bagi mendedahkan anak-anak kepada dadah dan mereka yang membenarkan golongan muda menggunakan dadah.



Bagi melindungi kanak-kanak, ia menjadi satu kesalahan bagi seorang dewasa memiliki dadah dan meletakkan dadah itu secara sengaja atau cuai meninggalkan dadah itu sehingga ia mudah diperolehi kanak-kanak tersebut.



Dr Intan Azura Mokhtar (GRC Ang Mo Kio) dan Cik Rahayu Mahzam (GRC Jurong) merupakan antara AP menyuarakan keprihatinan mengenai bahaya gejala dadah terhadap kanak-kanak dan bagaimana ia membinasakan keluarga.



Pindaan baru juga mewajibkan ibu bapa dan penjaga belia yang menyalahgunakan dadah di bawah arahan penyeliaan untuk menghadiri kaunseling dadah.



Jika mereka enggan tanpa sebab munasabah, mereka boleh didenda atau diarahkan mahkamah untuk menghadiri sesi kaunseling.



Ia juga memperkenalkan rejim pemulihan dengan pendekatan bertahap yang membezakan antara pesalah dadah yang tidak melakukan jenayah dengan pesalah berulang.



Dalam pada itu, mengedarkan atau menerbitkan maklumat dalam menjalankan kegiatan berkaitan dadah juga merupakan kesalahan. Dengan sabit kesalahan itu, pelaku boleh dikenakan penjara sehingga lima tahun dan denda $10,000 bagi kesalahan kali pertama.



Satu lagi perubahan diperkenalkan ialah penagih dadah yang menyerah diri kepada pihak berkuasa kerana mereka ingin menghentikan tabiat itu boleh mendapatkan tempoh tahanan lebih pendek dan dihantar ke pusat pemulihan.



"Kami mahu penyalahguna dadah untuk ke hadapan secara sukarela bagi pemulihan. Jadi, mereka yang ke Biro Narkotik Pusat (CNB) secara sukarela akan ditimbangkan untuk mendapat tempoh tahanan lebih pendek dalam DRC,'' katanya.



Satu kajian menunjukkan tempoh tahanan lama akan menjejas keupayaan penagih berintegrasi dalam masyarakat.



Bilangan penyalahguna dadah yang ditangkap setiap tahun telah berkurangan kepada sekitar 3,000 tahun lalu, berbanding di bawah 6,000 pada 1996.



"Oleh itu, kita mampu mengubah imbangan untuk menumpukan terhadap pemulihan,'' tambah Encik Shanmugam.




Sekilas pindaan Akta Penyalahgunaan Dadah



Adalah satu jenayah jika seseorang:



Berkongsi atau menerbit maklumat berhubung dadah



- Memperkenalkan atau mengajar orang lain cara menggunakan atau mendapatkan dadah



- Memperkenalkan seseorang kepada pengedar dadah



- Mengajar, memberi arahan atau maklumat tentang menggunakan, menghasilkan dan mengedar dadah



Menganiaya kanak-kanak, secara sengaja, atau tidak



- Mendedahkan kanak-kanak kepada dadah



- Membenarkan kanak-kanak menggunakan dadah



- Gagal bertindak untuk mencegah belia bawah 21 tahun mengambil dadah



- Tidak hadiri kaunseling (ibu bapa dan penjaga penyalahguna dadah muda)



Membantu pemulihan penagih



- Tempoh tahanan lebih singkat bagi penagih yang serah diri; tempoh pengawasan ditambah menjadi lima tahun



- Tiada tuduhan dikenakan bagi kesalahan kecil, sebaliknya penagih dihantar jalani pemulihan



- Pesalah dadah kali pertama, yang dianggap tidak mengulangi kesalahan boleh elak DRC, dikenakan perintah penyeliaan dengan kaunseling mandatori



Laporan Parlimen:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >