Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Undang-undang baru perjudian sosial di SG

Aug 01, 2022 | 05:30 AM



UNDANG-UNDANG baru akan mula berkuat kuasa hari ini berkaitan perjudian dan satu badan penguasaan baru juga telah dibentuk bagi memantau kegiatan itu, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), semalam.



Di bawah Akta Kawalan Perjudian baru, ia dibenarkan secara undang-undang bagi perjudian sosial seperti bermain mahjong dan 'poker' bersama keluarga dan rakan-rakan di rumah tanpa batasan usia.



Perjudian itu perlu dilakukan di rumah individu dan tidak boleh dijalankan dalam mana-mana perniagaan.



Di bawah Akta itu juga, ia juga satu kesalahan bagi mereka yang berumur di bawah 21 tahun berjudi, kecuali di cawangan Singapore Pool di mana umur undang-undang minimum ialah 18 tahun.



Sementara itu, Penguasa Pengawalan Perjudian (GRA) akan mengambil alih fungsi Majlis Pengawalan Kasino dan diberikan lebih banyak kuasa untuk mengawal selia semua bentuk perjudian di Singapura.



Ia akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Majlis Kebangsaan Terhadap Masalah Perjudian (NCPG) untuk mengurangkan kemudaratan perjudian sosial, sementara polis meneruskan penguatkuasaan.



MHA berkata langkah ini membolehkan pemerintah untuk "berada di hadapan dalam tren teknologi dan perjudian dan memberi respon dengan lebih mencukupi terhadap produk perjudian yang muncul".



Perjudian sosial dalam talian, bagaimanapun, akan terus dilarang, dengan MHA menyebut kesukaran praktikal untuk menentukan sama ada individu kenal antara satu sama lain untuk aktiviti itu layak dijadikan perjudian sosial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >