Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Undang-undang berita palsu digunakan ke atas FB laman berita alternatif States Times Review

Nov 28, 2019 | 11:39 AM



 





ORANG yang mengendalikan Facebook laman berita alternatif States Times Review telah diarah untuk membetulkan kenyataan palsu di laman sosial media itu,  menggunakan undang-undang berita palsu Singapura.



Ini adalah kali kedua Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) digunakan selepas ia digunakan Isnin lalu berhubung pos Facebook yang berasingan.



Pejabat Pofma, pada Khamis (28 Nov) berkata ia diarah oleh  Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) untuk mengeluarkan perintah pembetulan kepada Encik Alex Tan Zhi Xian berkenaan pos yang diterbitkan States Times Review di Facebook pada 23 Nov.



Pos itu berkenaan anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan pos Nussi-NUS Students United di Facebook.



MHA berkata laman Facebook States Times Review perlu menerbitkan makluman pembetulan yang menyatakan artikel itu mengandungi kepalsuan.



Kementerian itu berkata Encik Tan, yang mengendalikan States Times Review ialah warga Singapura berusia 32 tahun yang tidak berada di Singapura. Beliau juga adalah editor beberapa laman web, termasuk Temasek Review News dan Singapore Herald.



Kata MHA, laman web itu melanggar Kod Amalan Internet Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) berdasarkan kepentingan awam, dan telah diadang oleh IMDA.



 “Ini bukan kali pertama laman-laman web itu, serta States Times Review, telah mengeluarkan kepalsuan yang ketara, seperti mewakili pendirian Singapura tentang hubungan asing dengan negara lain secara salah dan memberi pandangan serong terhadap integriti institusi awam,” kata MHA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >