Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Undang-undang disarankan atasi ancaman senjata yang dicetak 3D

Jan 05, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA tidak boleh mengambil mudah situasi keselamatan dan perlindungan di negara ini, sedang Internet kini memudahkan penyeludupan dan penghasilan senjata api, bahan letupan dan senjata.



Selain itu, ancaman serangan pengganas kekal wujud, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran) Encik Desmond Tan semalam.



"Hari ini, seorang individu boleh mendapati dengan mudah di Internet, bahan bagi membuat senjata api, dan menghasilkan sebuah senjata api boleh berfungsi sepenuhnya menggunakan pencetak 3D dan pelan senjata api yang diambil dari Internet," kata Encik Tan.



Beliau berkata demikian semasa berucap di perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Kawalan Senjata Api, Bahan Letupan dan Senjata di Parlimen semalam.



Di bawah perubahan yang disarankan, pemilikan rancangan digital untuk mencetak senjata api atau bahagian utama senjata api secara 3D kini dilarang di bawah undang-undang baru.



Denda maksimum yang dikenakan terhadap kegiatan tidak berlesen melibatkan senjata api dan bahan letupan juga disarankan untuk dinaikkan kepada $50,000 bagi individu dan $100,000 bagi badan-badan.



Encik Tan berkata terdapat insiden serius di negara yang mempunyai undang-undang ketat kawalan senjata api dan senjata.



"Banyak insiden ini tidak dijalankan oleh pertubuhan tentera atau aktivis yang ditaja negara, tetapi individu dengan sentimen ekstremis, menggunakan senjata atau pisau," kata Encik Tan.



Rang undang-undang itu menyarankan denda maksimum untuk aktiviti yang tidak berlesen dan melibatkan senjata api dan bahan letupan dinaikkan daripada $10,000 kepada $50,000 bagi individu dan $100,000 untuk entiti.



Ini akan menjadikannya setimpal dengan denda bagi kesalahan yang melibatkan bahan yang boleh dijadikan bahan letupan kerana tahap bahaya yang setanding.



Bahan yang boleh dijadikan letupan termasuk bahan kimia.



Bagi kesalahan yang berkaitan dengan senjata terlarang, denda yang lebih tinggi sehingga $100,000 disarankan untuk individu dan $200,000 untuk entiti, kerana ini sangat berbahaya disebabkan reka bentuk atau pembinaannya.



Perbahasan mengenai rang undang-undang tersebut akan diteruskan hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >