Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Undang-undang diusul demi tingkat perlindungan bagi pegawai keselamatan daripada gangguan

Sep 14, 2021 | 05:30 AM



UNDANG-UNDANG yang bakal mempertingkat perlindungan ke atas pegawai keselamatan diusulkan di Parlimen semalam demi memperkenalkan denda lebih berat bagi mereka yang mengganggu atau mencederakan pegawai yang bertugas.



Rang Undang-Undang Industri Keselamatan Swasta (Pindaan) akan mengubah Akta Industri Keselamatan Swasta (PSIA) bagi menangani jenis gangguan yang biasa dihadapi pegawai keselamatan.



Denda yang dikenakan bagi kesalahan tersebut lebih tinggi berbanding denda yang dikenakan jika ia dilakukan ke atas anggota masyarakat awam.



Menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan semalam, pegawai keselamatan menghadapi risiko lebih tinggi berhadapan dengan orang lain disebabkan tugas mereka.



Sekitar 40 peratus pegawai keselamatan telah menghadapi gangguan semasa bertugas, menurut tinjauan oleh Kesatuan Pekerja Keselamatan dan Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) tahun lalu.



MHA berkata, ia akan memperluas skop PSIA menyediakan "perlindungan tertumpu" bagi pegawai keselamatan dan mengirim amaran jelas ke atas kesalahan mengganggu pegawai keselamatan.



Di bawah Akta Perlindungan dari Gangguan sedia ada, gangguan yang disengaja boleh dikenakan denda maksimum $5,000 dan hukuman penjara hingga enam bulan.



Jika PSIA diluluskan, mereka yang mengganggu pegawai keselamatan boleh dikenakan denda sehingga $5,000 dan hukuman penjara hingga setahun.



Di bawah Kanun Keseksaan, mereka yang sabit kesalahan menyerang boleh dikenakan denda hingga $1,500 dan hukuman penjara hingga tiga bulan.



Perubahan yang diusulkan terhadap PSIA itu akan menambah denda bagi kesalahan yang sama terhadap pegawai keselamatan kepada denda maksimum $7,500 dan hukuman penjara sehingga dua tahun.



Di bawah Kanun Keseksaan, kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja boleh dikenakan denda sehingga $5,000 dan hukuman penjara sehingga tiga tahun.



Kesalahan sama yang dilakukan ke atas pegawai keselamatan boleh dikenakan denda maksimum $10,000 dan hukuman penjara sehingga lima tahun di bawah undang-undang baru yang diusulkan.



Satu lagi set saranan yang diusulkan kepada PSIA berlatarbelakangkan keperluan terhadap pengiktirafan rasmi perunding keselamatan yang dipimpin industri dan akan meletakkan tanggungjawab yang lebih berat terhadap industri untuk mengekalkan piawai tinggi.



Buat masa kini, mereka yang menyediakan khidmat rundingan keselamatan perlu mendapatkan lesen kerana terangkum di bawah definisi penyedia khidmat keselamatan di bawah PSIA.



Namun, pada Januari tahun lalu, Program Akreditasi Perunding Keselamatan telah dilancarkan oleh Persatuan Agensi Keselamatan Bertauliah dan Persatuan Keselamatan Singapura.



Di bawah program tersebut, mereka yang ingin menerima pengiktirafan rasmi itu untuk terus memperbaharui status akreditasi mereka setiap tahun demi memastikan kepakaran yang kekal relevan.



Sebanyak 17 perunding keselamatan berjaya mendapatkan pengiktirafan rasmi di bawah program itu, menurut MHA, dan menggesa perunding lain melakukan perkara sama.



Perubahan yang diusulkan terhadap PSIA itu akan menghapuskan syarat yang memerlukan mereka mendapatkan lesen dan mengarahkan proses tersebut kepada program pengiktirafan rasmi industri itu sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >