Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Undang-undang tangani berita palsu dijangka diperkenal tahun depan

NORMAN SAWI
Jun 19, 2017 | 01:04 PM



UNDANG-UNDANG baru untuk memerangi berita palsu dijangka diperkenalkan tahun depan, kata Menteri Undang-Undang K. Shanmugam.



Menurut Encik Shanmugam, proses untuk berbuat demikian telah bermula, dengan pasukan tinjuan dihantar ke Jerman dan Britain untuk mempelajari amalan negara-negara itu dalam perkara ini.



Proses perundingan melibatkan pihak berpekentingan, termasuk syarikat media dan teknologi dijadual bermula separuh kedua tahun ini.



"Di Singapura, kami akan berunding dengan pihak berkepentingan untuk mencari jalan bagaimana melaksanakan perkara ini, termasuk bekerjasama dengan wadah-wadah teknologi, untuk menjadikan berita palsu tidak sah, membantu orang ramai mengenal pasti berita palsu, dan seterusnya.



"Jika ia disebar dengan tujuan untuk menganiaya atau mengaup untung, kita perlu mencari jalan untuk menanganinya, termasuk terhadap pihak yang menyebar berita palsu itu," kata Encik Shanmugam, yang juga Menteri Ehwal Dalam Negeri.



Beliau menyatakan demikian semasa berucap membuka tirai forum mengenai isu berita palsu berjudul Keep It Real: Truth and Trust in the Media.



Ia dianjurkan bersama akhbar The Straits Times dan Wan Ifra - Persatuan Akhbar dan Penerbit Berita Sedunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >