Unit baru Mendaki bantu manfaat SkillsFuture

Yaacob: Apa yang diperlukan adalah cara sampaikan maklumat agar difahami masyarakat

YAYASAN Mendaki telah membentuk sebuah unit baru bagi membantu masyarakat Melayu/Islam meraih manfaat daripada inisiatif SkillsFuture.

Antara lain, unit itu akan menganjurkan pelbagai program memupuk kesedaran mengenai inisiatif SkillsFuture dan manfaatnya kepada golongan tertentu seperti pelajar dan kaum ibu yang ingin kembali bekerja.