Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Unit perindustrian di Telok Blangah terbakar sedang pekerja panggang biji kopi

May 12, 2022 | 05:30 AM



API menyambar sebuah unit perindustrian di Depot Lane, Telok Blangah, selepas pemanggang kopi yang besar dikatakan tiba-tiba terbakar ketika pekerja menggunakannya.



Dalam kejadian kelmarin, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menggunakan dua jet air untuk mengelak api merebak ke unit bersebelahan.



Kira-kira 20 orang dari unit-unit kejiranan di Blok 4007 mengosongkan premis mereka sebelum bomba tiba pada 10.15 pagi.



Kebakaran berlaku di unit dua tingkat yang diduduki oleh Chip Hup Coffee Trading Co.



Senarai perniagaan menunjukkan syarikat itu, yang ditubuhkan pada 1979, adalah pemborong kopi, teh dan koko.



Seorang pekerja, Encik Lim Tiong Boon, 62 tahun, memberitahu The Straits Times bahawa mesin pemanggang kopi industri terbakar ketika pekerja sedang menyejukkan biji kopi yang mereka panggang sebelum ini.



Encik Lim berkata selepas pekerja selesai memanggang biji kopi, mereka memastikan untuk memadam api.



Semasa mereka sedang menyejukkan biji kopi, pemanggang tiba-tiba terbakar kira-kira 10 pagi.



Mereka cuba memadamkan api tetapi ia terlalu besar, dan tidak lama kemudian api itu menyambar unit tersebut.



Pekerja-pekerja itu mengosongkan bengkel secepat mungkin tetapi sebahagian daripada mereka tertinggal barangan peribadi dalam keadaan tergesa-gesa.



Tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu. SCDF berkata siasatan terhadap punca kebakaran sedang dijalankan.



Encik Lim berkata:



"Ia adalah kebakaran besar pertama di bengkel kami, dan kami tidak berdaya. Kami pun tidak sempat membawa semua barang kami, dan bos kami memberitahu kami agar mengutamakan keselamatan kami.



"Semuanya hangus... bengkel kami, tiga mesin, kuali untuk menyejukkan biji kopi, dan lebih 10 guni biji kopi."



Cik Hadijah Sahak, pemilik Nur Nadirah Catering Service, yang terletak bersebelahan unit terbabit, berkata naluri "zaman kampungnya" muncul serta-merta apabila beliau mengesan kebakaran itu.



Wanita berusia 66 tahun itu memberitahu kakitangannya supaya mentutup tong gas di kedainya, sementara beliau mengalihkan keretanya dan dua lori.



Beliau berkata beliau tidak sepatutnya berada di tempat kerja pada Selasa.



"Kami tidak beroperasi hari ini, tetapi saya mempunyai firasat untuk memeriksa unit saya dengan kakitangan saya.



"Saya mula-mula terhidu asap dan terus lari keluar. Saya jenis kampung, jadi saya cepat-cepat menjerit untuk memaklumkan kepada jiran-jiran lain tentang kebakaran," kata Cik Hadijah.



"Saya juga cuba memadamkan api menggunakan hos, dan syukur, SCDF tiba dengan cepat. Kedai saya rosak agak teruk - bumbung terbakar, dan tingkap pecah.



"Apa pun, saya berterima kasih atas kerja anggota bomba yang tidak mementingkan diri," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >