DIMULAKAN pada 2002, Unit Perundingan Krisis (CNU) telah berkembang menjadi lebih kukuh dan kini merupakan sebahagian penting daripada Komand Operasi Khas (SOC) dan Pasukan Polis Singapura (SPF).
Sebelum ini, CNU dikenali sebagai Pasukan Perundingan (NT) dan telah disemak semula pada 2001 untuk meningkatkan rundingan krisis, termasuk menyusun semula struktur unit itu oleh SPF.
Unit itu ditugaskan memberi respons kepada insiden di mana penerapan kemahiran krisis komunikasi dan latihan khusus boleh menyelamatkan nyawa dan membawa hasil positif.
Senario seperti ini termasuk insiden tebusan, insiden sekatan atau kawalan, insiden ketenteraman awam dan cubaan membunuh diri.
Kumpulan pegawai CNU dilatih oleh perunding tebusan terbaik dari United Kingdom.
Pegawai sukarelawan dan ahli psikologi juga diperkenalkan kepada pasukan CNU baru. Dengan itu, CNU telah beroperasi pada 1 Mei 2002.
Pegawai CNU adalah pegawai polis dan pakar psikologi yang meluangkan masa secara sukarela dan memegang jawatan sekunder sebagai perunding, melebihi tugas utama mereka.
Hari ini, CNU terus menyokong operasi polis dengan meredakan situasi yang berpotensi mengancam nyawa melalui penggunaan teknik pengurusan krisis lisan yang telah terbukti.
Para pegawai CNU terus meluangkan masa mereka secara sukarela untuk memberi respons kepada pelbagai situasi operasi, untuk mencapai resolusi secara aman melalui rundingan.
Satu pasukan CNU akan sentiasa yang bersiap sedia sepanjang masa, untuk menangani sebarang krisis yang mungkin memerlukan kemahiran rundingan khusus mereka.
Terdapat lebih 100 perunding dan pakar psikologi yang aktif dalam CNU, dan unit tersebut telah diaktifkan 65 kali pada 2021.