Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Universiti diberi kelonggaran ambil lebih ramai pelajar tahun ini

May 25, 2021 | 05:30 AM



UNIVERSITI-UNIVERSITI berautonomi tempatan akan diberi kelonggaran untuk membenarkan kemasukan lebih ramai pelajar tahun ini disebabkan Covid-19, menurut Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.



Beliau memahami cabaran dihadapi para pelajar yang ingin belajar di universiti luar negara tetapi terjejas ekoran Covid-19.



Kementerian Pendidikan (MOE) akan terus bekerjasama untuk memantau keadaan Covid-19 dan akan bekerjasama dengan AU bagi menyokong para pelajar.



"Seperti 2020, kami akan juga memberi AU tempatan akan diberi beberapa kelonggaran bagi membenarkan kemasukan lebih ramai pelajar tahun ini. AU itu akan terus menegakkan piawaian kemasukan dan memastikan mutu pendidikan yang tinggi," kata Encik Chan, dalam catatannya di Facebook.



Permohonan bagi kemasukan universiti-universiti itu ditutup pada Mac tahun ini.



Tahun lalu, Kementerian Pendidikan (MOE) menambah lebih 2,000 tempat di AU seperti Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU).Sebelum itu, MOE merancang menyediakan 17,000 tempat tahun lalu.



Malah, MOE juga menerima permohonan sebilangan kecil dari pelajar yang belajar di luar negara yang ingin belajar di Singapura dan AU bersedia menerima sebanyak kes yang boleh, termasuk bagi perubatan.




"Seperti 2020, kami akan juga memberi AU (universiti-universiti autonomi) tempatan akan diberi beberapa kelonggaran bagi membenarkan kemasukan lebih ramai pelajar tahun ini. AU itu akan terus menegakkan piawaian kemasukan dan memastikan mutu pendidikan yang tinggi."
- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing dalam catatannya di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >