Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Universiti seperti NTU main peranan penting dalam perkukuh kompak sosial: DPM Heng

Jul 01, 2022 | 09:18 PM



UNIVERSITI seperti Universiti Teknologi Nanyang (NTU) memainkan peranan penting dalam menyediakan akses pendidikan kepada mereka yang jika tiada akses ini tidak akan dapat meraih peluang tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, pada Jumaat (1 Julai).



Dari tahun ke tahun, NTU telah menerima pelajar daripada latar belakang berbeza menerusi dermasiswa, biasiswa, dan ini membantu memperkukuh kompak sosial, katanya.



Sama pentingnya, jelas Encik Heng, adalah peranan pelajar dan alumni NTU dalam menyumbang semula kepada masyarakat.



Dalam satu ucapan video pada acara makan malam menyambut ulang tahun ke-30 NTU, Encik Heng berkata:



"Buat setiap generasi siswa NTU dan fakulti, saya menggesa anda agar terus mengubah masyarakat dan dunia kita untuk menjadi lebih baik lagi.



"Universiti tidak harus menjadi menara gading. Sebaliknya, universiti harus menjadi mangkin bagi mewujudkan dunia lebih baik."



Encik Heng menambah NTU menampakkan kemajuan yang baik selama tiga dekad lalu kerana ia kini berada dalam kalangan universiti terbilang dunia.



"Melihat ke depan, tahap perubahan akan menjadi lebih cepat dan gelombang gangguan lebih besar lagi," jelas Encik Heng.



Salah satu gelombang adalah masyarakat - keperluan mengutuhkan kompak sosial lebih utuh.



Kata Encik Heng: "Kompak sosial ini tertekan dalam banyak masyarakat. Ketaksamaan kian meluas dan banyak masyarakat rasa tersisih daripada kemajuan.



"Singapura berada dalam kedudukan lebih baik tetapi kita tidak imun pada beberapa kuasa ini."



Ini juga ditekankan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, awal minggu ini, sewaktu melancarkan Forward Singapore, satu usaha mendekatkan pemerintah dengan warga Singapura untuk memperbarui kompak sosial dan mencorak masa depan negara bersama.



Presiden NTU, Encik Subra Suresh, mengumumkan pada Jumaat bahawa pihak universiti telah mengumpulkan lebih $1.1 juta menerusi kegiatan yang merupakan sebahagian daripada ulang tahunnya yang ke-30.



Beliau juga berucap pada acara makan malam ulang tahun NTU di The Wave, dewan sukan terbaru di kampus itu.



Wang yang terkumpul daripada lebih 4,000 penderma dikumpulkan menerusi kempen NTU, We Belong, selama dua bulan dari 22 Januari hingga 31 Mac, jelas NTU dalam kenyataannya.



Kempen ini meliputi Minggu Khidmat NTU, di mana sekitar 600 sukarelawan bekerja dengan lebih 30 rakan kerjasama masyarakat dalam projek perkhidmatan; larian maya Best Foot Forward, sejauh 37,000 kilometer yang melibatkan 1,000 peserta; dan Hari Memberi NTU yang menyatukan seluruh universiti dalam meraikan kesan memberi serta menyokong usaha penting universiti.



Sejumlah $1.1 juta disalurkan bagi bantuan kewangan buat pelajar serta menyokong program, maktab dan sekolah di bawah naungan NTU, seperti Dana Keutamaan NTU, Dana Lanjutan Sekolah dan Dana Kemampanan NTU.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >