Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Universiti SG sedia tambah tempat jika Covid-19 terus ganggu pengajian

Jan 18, 2022 | 05:30 AM



PIHAK berkuasa akan terus memastikan lebih banyak tempat tersedia di universiti setempat bagi pelajar yang rancangan mereka untuk belajar di luar negara tergendala oleh pandemik Covid-19.



Mereka akan mempertimbangkan untuk melakukan ini walaupun kadar penyertaan kohort bagi rakyat Singapura melebihi 40 peratus yang telah dirancang, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Kementerian Pendidikan (MOE) berkata ia akan memantau situasi Covid-19 secara global, termasuk sekatan perjalanan, dan menilai sama ada terdapat keperluan untuk menampung lebih banyak tempat pada tahun kemasukan akan datang untuk menyokong pelajar yang terjejas.



Encik Chan berkata, kadar penyertaan kohort telah melepasi 40 peratus dalam dua tahun lepas untuk menampung pelajar yang tidak dapat pergi ke luar negara, lapor The Straits Times.



Pada 2020, enam universiti di sini menerima 17,500 pelajar secara keseluruhan.



Tahun lalu, mereka meningkatkan lagi jumlah tersebut kepada 17,800 tempat.



Kadar penyertaan kohort mencecah 42 peratus pada kedua-dua tahun, kata MOE.



"Kita perlu bergerak melebihi setakat kadar penyertaan kohort.



"Jika kita mempunyai pembelajaran berterusan sepanjang hayat, kita harus mempunyai kadar penyertaan kohort seumur hidup.



"Dan tidak kira sama ada anda memburu ijazah, diploma atau sijil profesional, atau pada usia berapa anda melakukannya," kata Encik Chan.



Beliau menyatakan bahawa lebih ramai warga Singapura mengikuti kursus yang tidak semestinya memberikan mereka diploma atau ijazah.



Mereka mencari modul yang memberi mereka kelebihan dalam pasaran pekerjaan, tambahnya.



"Sebagai contoh, jika anda sudah bekerja selama beberapa tahun dengan pengkhususan dalam keselamatan siber, anda mungkin perlu mengikuti kursus yang memberikan anda set kemahiran yang sangat khusus dalam sistem pengendalian tertentu," ujar beliau.



Beliau berkata dengan pendidikan berterusan yang sedang giat dijalankan, pemerintah tidak seharusnya hanya merancang untuk sekitar 17,000 individu yang bakal mula pengajian sarjana muda setiap tahun, tetapi bagi 300,000 hingga 400,000 pekerja setahun yang akan menghadiri pelbagai jenis universiti dan politeknik yang digelar beliau "institut pembelajaran berterusan".



MOE juga mendedahkan bahawa kira-kira dua daripada lima warga Singapura yang mendaftar di universiti tahun lalu merupakan lulusan politeknik.



Kementerian itu juga berkata universiti-universiti di sini terus menggalakkan mobiliti sosial, dengan perkadaran pelajar daripada 30 peratus terbawah mengikut status sosio-ekonomi yang memasuki program ijazah yang dibiayai awam meningkat daripada 13 peratus pada 2004 kepada 21 peratus pada 2019.



MOE berkata:



"Kami telah membuat langkah penting dalam beberapa tahun kebelakangan untuk meluaskan akses kepada pendidikan tinggi dan mengukuhkan kepelbagaian dan laluan dalam landskap pendidikan tinggi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >