Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Universiti swasta seni pertama akan ditubuhkan

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA bakal menubuhkan universiti swasta seni pertama dalam jangka masa tiga hingga empat tahun, kata Menteri Pendidikan Lawrence Wong.



Universiti yang belum diberi nama, akan diuruskan bersama oleh Maktab Seni Lasalle dan Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) dan disokong Kementerian Pendidikan (MOE) serta Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).



Ia merupakan sebahagian daripada daya usaha nasional untuk memperkukuhkan lagi laluan pengajian tinggi pendidikan seni.



"Dengan kualiti dan piawaian yang telah dicapai oleh Lasalle dan Nafa, MOE bersedia untuk memberikan pakatan ini kuasa pemberian ijazahya sendiri dan menganugerahkannya status universiti.



"Ia akan menjadi universiti seni pertama kami," kata Encik Wong, mengumumkannya semasa perbahasan belanjawan MOE semalam.



MOE telah melantik sebuah jawatankuasa pro-tem untuk memberi kerjasama rapat dengan kedua-dua institusi seni itu.



Dipengerusikan oleh Duta Kelana Profesor Chan Heng Chee, yang juga merupakan Pengerusi Majlis Seni Kebangsaan (NAC), jawatankuasa itu dijangka akan menyelesaikan usaha kerjasama itu pada awal 2023.



Dalam ucapannya, Encik Wong berkata sejak sekian lama, Lasalle dan Nafa telah berkembang menjadi pusat kecemerlangan seni, dengan perwatakan dan kekuatan unik yang tersendiri.



Oleh demikian, menurut Encik Wong lagi, Lasalle dan Nafa akan kekal sebagai entiti yang sah serta kolej berbeza yang menawarkan program mereka sendiri.



Ini sekali gus memastikan warisan unik kedua-dua institusi itu dapat terus dihargai.



"Kami mahu mengekalkan identiti mereka yang tersendiri. Pada masa yang sama, kedua-dua institusi ini akur dengan kesempatan untuk bersatu dan menjalin kerjasama yang lebih erat, dan memanfaatkan kekuatan dan tradisi masing-masing," tambahnya lagi.



Memberi perincian lanjut tentang pembentukan universiti swasta baru itu, Encik Wong berkata ia akan memanfaatkan kekuatan Lasalle dan Nafa dan mengembangkan kerjasama dengan sektor budaya di Singapura selain membangunkan rangkaian antarabangsa mereka.



Sebagai contoh, para pelajar pada masa akan datang dapat meraih manfaat dari penawaran yang lebih pelbagai, dengan lebih banyak peluang untuk mengakses modul dan projek lintas institusi, serta perkongsian sumber pembelajaran.



Fakulti juga dapat mengalu-alukan lebih banyak peluang kolaborasi akademik bersama.



"Lebih penting lagi, kami berharap universiti ini dapat memberikan sumbangan yang lebih besar dalam kehidupan budaya di Singapura dan rantau ini, dan menawarkan saranan nilai yang lebih kukuh kepada pelajar dan pihak berkepentingannya," ujar Encik Wong.



Buat masa ini, Lasalle dan Nafa menawarkan program kursus diploma dan ijazah khusus dalam bidang pendidikan seni, reka bentuk dan media dengan kerjasama universiti luar negara seperti Goldsmiths, Royal College of Music dan University of the Arts London.



Program ini mendapat subsidi MOE, membolehkan pelajar mengakses pendidikan seni yang berkualiti dan berpatutan.



Melahirkan harapannya, Encik Wong berkata:



"Saya berharap universiti seni baru ini dapat membawa pengajian tinggi seni di Singapura ke tahap yang lebih tinggi - tidak hanya memberi kekuatan kepada lebih banyak belia kita untuk merealisasikan aspirasi mereka dalam bidang ini, tetapi juga menyumbang kepada pengembangan seni dan ekonomi masa depan di Singapura."




"Dengan kualiti dan piawaian yang telah dicapai oleh Lasalle (Maktab Seni Lasalle) dan Nafa (Akademi Seni Halus Nanyang), MOE (Kementerian Pendidikan) bersedia untuk memberikan pakatan ini kuasa pemberian ijazahya sendiri dan menganugerahkannya status universiti. Ia akan menjadi universiti seni pertama kami."
- Menteri Pendidikan Encik Lawrence Wong yang berkata ia sebahagian daripada daya usaha nasional memperkukuhkan laluan pengajian tinggi pendidikan seni. 




SEKILAS PENGUMUMAN MOE



* Singapura akan perkenal universiti seni pertama



Ia merupakan usaha sama Maktab Seni Lasalle dan Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa). Kedua-dua Lasalle dan Nafa akan kekal sebagai institusi berbeza yang tawarkan program tersendiri dan kekalkan identiti mereka.



* MOE akan kaji semula rangka kerja pendaftaran Darjah 1



Kementerian akan kaji bagaimana tingkatkan bilangan tempat di Fasa 2C.



* Pelajar akan diberi lebih banyak peluang maju dan kejar impian mereka



MOE akan berusaha lengkapkan pelajar dengan kemahiran jangkaui pengetahuan buku; sokong pembelajaran melalui pelbagai kaedah serta sepanjang hayat; dan tingkatkan dan kembangkan potensi pelajar sepenuhnya.



* Sokongan Program Perintis Masyarakat Uplift



Pemerintah ingin dekati lebih 300 pelajar daripada keluarga kurang bernasib baik menerusi Program Perintis Masyarakat Uplift menjelang 2022.



* Kurikulum kesihatan mental di Politeknik dan ITE



Kurikulum tersebut diperkenal tingkatkan kesedaran dan pemahaman tentang kesihatan mental di kalangan para pelajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >