Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Universiti terkemuka Asia: NUS tergelincir ke tempat ke-2, NTU di tempat ke-5

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) menduduki tempat kedua dalam ranking tahunan institusi di rantau ini, kehilangan tempatnya sebagai universiti terbaik Asia sejak empat tahun lalu.



Universiti Peking dari China menduduki tempat teratas dalam ranking terkini Quacquarelli Symonds (QS) bagi universiti Asia yang dikeluarkan semalam.



Universiti Teknologi Nanyang (NTU) ditempatkan di tempat kelima dalam senarai oleh perundingan pendidikan tinggi yang berpangkalan di Britain itu.



NTU menduduki tempat ketiga tahun lalu, bersama-sama dengan Universiti Hong Kong.



Ranking QS Asia tahun ini adalah yang terbesar, menampilkan 760 universiti, meningkat daripada 687 pada tahun sebelumnya.



Ia menilai institusi berdasarkan beberapa faktor, termasuk pengiktirafan akademik dan majikan, penyelidikan, sumber dan perkadaran fakulti dan pelajar antarabangsa.



Naib presiden kanan QS, Encik Ben Sowter, berkata: "Pendidikan tinggi Singapura merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan.



"Selama hampir sedekad, ia menguasai peringkat teratas dalam Kedudukan Universiti Asia QS, memegang dua daripada tiga tempat teratas dan mengekalkan kedudukan teratas - yang pernah dipegang NUS atau NTU.



"Walaupun tahun ini terdapat sedikit kemerosotan (dari segi kedudukan), kedua-dua institusi terkemuka ini masih merupakan antara lima universiti terbaik Asia."



Seorang jurucakap NUS berkata institusi itu akan terus membina rekod prestasi kukuh dalam pendidikan, penyelidikan, inovasi dan perusahaan.



"Pengiktirafan sebagai universiti terkemuka di rantau ini dan dunia mengesahkan lagi kerja cemerlang masyarakat fakulti, penyelidik, kakitangan, pelajar dan alumni kami yang berbakat, kerana mereka bekerjasama untuk melakar landasan baru dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan."



"Kami telah menetapkan sasaran kami untuk memupuk graduan yang bersedia untuk masa depan... sambil memupuk kumpulan fakulti dan penyelidik yang cemerlang... untuk mendorong sempadan baharu dan memperdalam kesan terjemahan penyelidikan kami," ujar jurucakap itu lagi.



Sementara itu, mengulas tentang ranking terbaru ini, jurucakap NTU berkata:



"Turun naik dalam kedudukan dari tahun ke tahun telah dijangka, terutamanya di peringkat atasan indeks global teratas di mana persaingan kekal sengit."



Beliau menambah NTU melihat secara meluas prestasinya selama beberapa tahun merentasi pelbagai kedudukan yang telah ditetapkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >