Untung operasi SPH meningkat sedikit kepada $121 juta
Apr 10, 2019 | 05:30 AM
KUMPULAN media, Singapore Press Holdings (SPH), mencatatkan keuntungan operasi yang meningkat 0.6 peratus kepada $121.3 juta pada separuh pertama tahun ini yang berakhir Februari, berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pertumbuhan itu dicapai meskipun pendapatan operasi susut 3 peratus kepada $477.6 juta, menurut kenyataan media SPH semalam.