Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UOB galak pengambilan kerja lebih inklusif

Jul 16, 2019 | 06:20 PM



UNITED Overseas Bank (UOB) kini sedang membantu dalam amalan pengambilan kerja yang lebih inklusif dengan menghasilkan buat pertama kalinya, satu kolaborasi antara orang ramai, privet dan sektor umum di Singapura.





Di bawah inisiatif baru itu yang diberi nama, The Unlimited, UOB akan bekerjasama dengan SG Enable, Pusat Sumber Autisme (ARC), Persatuan Terencat Akal Singapura (Minds) dan Persatuan Cacat Anggota (SPD) untuk menghubungkan perniagaan dengan mereka yang kurang upaya bagi pekerjaan yang sesuai dan berdaya tahan.





Menurut satu tinjauan UOB ke atas 220 kakitangan pengurusan di syarikat-syarikat Singapura, dua pertiga mereka menyatakan bahawa mereka akan menggajikan golongan kurang upaya sekiranya diberi panduan mencukupi berkaitan proses pengambilan kerja.





The Unlimited bertujuan menggalak syarikat, bermula dengan klien korporat UOB, mengambil langkah pertama dan menyelaras proses pengambilan kerja bagi syarikat yang berminat. 





UOB telah menggajikan golongan kurang upaya sejak 2013 di Hab Imbasan UOB, sebuah pusat utama bagi pemeriksaan, pendigitalan dan mengarkib dokumen pelanggan.





Pada masa ini, sekitar 30 peratus kakitangan Hab Imbasan UOB merupakan golongan autisme atau menghidap masalah pendengaran.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >