Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

UOB tawar 200 pekerjaan dengan masa fleksibel penuhi keperluan wanita

Oct 27, 2022 | 05:30 AM



UOB akan menawarkan 200 pekerjaan di Singapura yang khusus memenuhi keperluan wanita yang memerlukan lebih fleksibiliti di tempat kerja kerana tanggungjawab kekeluargaan.



Ini termasuk ibu dengan bayi baru lahir, wanita yang terpaksa memikul tanggungjawab menjaga warga emas di rumah dan mereka yang ingin kembali bekerja sepenuh masa secara beransur-ansur selepas rehat kerjaya yang panjang.



Bank ketiga terbesar Singapura itu semalam berkata bahawa program Wanita Gig+U barunya akan menawarkan pekerjaan sepenuh masa dan sambilan, serta kerja gig di pelbagai unit perniagaan UOB.



Inisiatif ini adalah kerjasama dengan portal kerjaya Mums@Work, yang menggandingkan wanita yang mencari pengaturan kerja yang fleksibel dengan bakal majikan.



Mereka yang diambil bekerja di bawah Wanita Gig+U akan menerima gaji yang sama dan menikmati manfaat yang sama seperti kelayakan cuti dan perlindungan insurans perubatan seperti rakan sekerja mereka yang menggalas peranan yang sama dalam bank itu, tertakluk kepada status pekerjaan mereka.



Pekerja baru juga akan memulakan program dengan Mums@Work yang mempersiapkan mereka untuk kembali bekerja sebelum mereka menyertai bank itu.



Ini akan memastikan mereka mendapat sokongan yang baik apabila mereka memulakan kerjaya mereka dengan UOB, kata bank itu, yang mempunyai 25,000 kakitangan merentasi pelbagai pasarannya.



Jawatan di bawah Wanita Gig+U sudah dimasukkan komponen waktu fleksibel, di mana waktu bekerja boleh diselaraskan berdasarkan keperluan.



Ini bermakna bahawa wanita boleh mengambil kerja tetap setengah hari, bekerja sepenuh masa atau separuh masa berdasarkan waktu kerja pilihan mereka, atau melakukan kerja gig berasaskan projek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >