Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Upah orang bunuh pasangan bekas kekasih: Lelaki bakal dihukum

Sep 09, 2019 | 04:16 PM



SINGAPURA - Pihak pendakwa telah memohon hukuman penjara paling kurang lima tahun untuk lelaki yang melungsuri laman web Jaringan Gelap (Dark Web) untuk mengupah orang untuk membunuh teman lelaki bekas kekasihnya.



Pada Isnin (9 September), Timbalan Pendakwa Raya Kumaresan Gohulabalan memberitahu mahkamah bahawa eksekutif pengurusan risiko, Allen Vincent Hui Kim Seng, 47 tahun, tidak dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa apabila hubungannya bersama bekas kekasihnya, Cik Ng Woan Man, 30 tahun, putus.



Malah, Hui kekal taksub dengan Cik Ng, dan terus mengekorinya.



Apabila mendapat tahu Cik Ng mempunyai kekasih lelaki baru, Encik Tan Han Shen, juga 30 tahun, Hui telah merancang dengan teliti cara untuk membunuh Encik Tan.



Hakim Daerah Shaiffudin Saruwan berkata: "Perbuatan tertuduh untuk melibatkan Camorra Hitmen untuk membunuh seorang yang tidak dikenali bukan sahaja satu tindakan yang menggerunkan. Lebih dari itu, tertuduh telah membuat perancangan dengan teliti dan memastikan bahawa laman web Jaringan Gelap yang dilungsurinya tidak dapat mencari tahu tentang identitinya yang sebenar.”



Mahkamah difahamkan bahawa laman web Jaringan Gelap itu tidak boleh dilungsuri melalui pencarian di laman Google. 



Ia hanya boleh diakses oleh segelintir pengguna, dan pengguna boleh menyembunyikan identiti sebenar mereka.



Hui sudahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan kecil.



Hui memulakan hubungan sulit dengan Cik Ng pada 22 April 2016, tetapi Cik Ng mengakhiri hubungan itu pada Februari 2018 apabila beliau sedar bahawa Hui tidak berniat menceraikan isterinya.



Cik Ng kemudian memulakan hubungan dengan kekasih barunya dua belan selepas itu.



Gara-gara cemburu, Hui telah melungsuri laman web Camorra Hitmen pada 6 Mei 2018, dan meminta agar tangan kanan Encik Tan dipotong.



Dia kemudian meminta agar Encik Tan dibunuh dalam satu kemalangan kereta.



 Pembunuhan itu telah dirancang untuk dilangsungkan antara 7 malam dan 8 malam pada 22 Mei 2018.



Peguam bela Lee Teck Leng, yang meminta hukuman penjara hanya dua setengah tahun, berkata "tiada kecederaan yang dialami (Encik Tan)" akibat perbuatan tertuduh,  kerana Camorra Hitmen merupakan satu penipuan.



Hui akan dijatuhi hukuman pada 18 September. 



Atas kesalahan melibatkan Camorra Hitmen untuk membunuh Encik Tan, Hui boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >