Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

'Uplift' bagi pertingkat ketidaksamaan masyarakat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

'Uplift' bagi pertingkat ketidaksamaan masyarakat

Indranee terajui pasukan bertindak antara agensi yang diketuai MOE; Mendaki turut anggotai pasukan
Oct 29, 2018 | 05:30 AM

SATU pasukan bertindak silang agensi peringkat tinggi akan ditubuhkan untuk membantu pelajar dari keluarga berpendapatan paling rendah di Singapura memenuhi potensi masing-masing, sebahagian usaha untuk menangani keadaan ketidaksamaan, kata Menteri Kedua Pendidikan Cik Indranee Rajah.

Diketuai Kementerian Pendidikan (MOE), pasukan bertindak itu, yang dikenali sebagai Uplift - Uplifting Pupils in Life and Inspiring Families Taskforce atau Pasukan Bertindak bagi Memberi Sokongan Kepada Pelajar dan Memberi Inspirasi Kepada Keluarga - akan menyasarkan keluarga 20 peratus terendah di sini.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) serta badan bantu diri seperti Yayasan Mendaki, Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda) dan Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC) turut menganggotai pasukan bertindak itu.

Bercakap dalam sidang media semasa mengumumkan inisiatif itu pada Jumaat lalu, Cik Indranee, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang akan menerajui pasukan bertindak itu, berkata tugas pertama mereka adalah untuk mengadakan rundingan dengan pihak berkepentingan tertentu untuk memahami dan mengenal pasti sebarang jurang dari segi sokongan yang sedia ada.

Individu yang dimaksudkan termasuk mereka yang berurusan langsung dengan pelajar dan keluarga kurang berkemampuan seperti kakitangan sekolah, pekerja sosial dan badan bantu diri.

"Pengalaman dan pengetahuan mereka akan membantu kita memahami dengan lebih baik apa lagi yang boleh kita lakukan dan bagaimana kita sebagai satu masyarakat boleh secara bersama menaik taraf kehidupan mereka yang dari latar belakang kurang berkemampuan, mempertingkat mobiliti sosial dan mengurangkan ketidaksamaan," kata Cik Indranee.

Meskipun pelbagai program telah dilaksanakan pemerintah dan kumpulan masyarakat untuk menyokong golongan pelajar ini, menurut Cik Indranee, pendekatan holistik diperlukan kerana cabaran yang dihadapi golongan pelajar ini merangkumi pelbagai faktor.

Selain isu ponteng sekolah bagi tempoh yang panjang dan kadar keciciran, isu memperbaiki motivasi pelajar dan cara mempertingkat usaha mendekati ibu bapa turut akan dititikberatkan.

Mengulas, Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad, yang merupakan antara anggota pasukan bertindak ini berkata rangka kerja M Kuasa Tiga (M3) akan terus mengemudi masyarakat Melayu/Islam di sini.

"Sementara Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Mesra terus melaksanakan bersama program bagi membantu masyarakat Melayu di sini untuk mencapai kemajuan, adalah penting untuk kita terus memperkukuh masalah penyampaian khidmat atau last mile delivery agar mereka yang memerlukan sokongan akan dapat mengasksesnya dengan lebih mudah lagi," ujar Encik Zaqy yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Mendaki.

Tugas pasukan bertindak ini dijangka mengambil masa dua tahun.

Selepas sesi rundingan dengan individu berkepentingan untuk mewujudkan huraian bersama, saranan 'Uplift' akan diumumkan tahun depan.

Usaha ini juga akan dijejak dan dinilai sepanjang tempoh satu hingga dua tahun untuk memastikan ia berkesan.

MOE akan menilai keperluan pasukan bertindak untuk meneruskan usaha mereka melebihi tahun 2020.

Laporan lain: Usaha bersama tangani pelajar ponteng sekolah

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3