Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Uplift diperluas, sumber ditambah bantu murid keluarga susah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Uplift diperluas, sumber ditambah bantu murid keluarga susah

Program akan dilaksana di seluruh negara; hingga 1,800 pelajar dijangka raih manfaat setiap tahun
Nov 11, 2021 | 05:30 AM

DUA program perintis yang bertujuan menangani isu ketidakhadiran dalam kalangan pelajar kurang bernasib baik serta menyediakan lebih banyak sumber bagi sekolah menyokong para pelajar ini akan diluaskan tahun depan.

Bermula 2022, program Pasukan Bertindak bagi Memberi Sokongan Kepada Pelajar dan Memberi Inspirasi Kepada Keluarga (Uplift) akan diluaskan menjadi Rangkaian Masyarakat Uplift bagi seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Rangkaian tersebut akan diperkenal secara bertahap, bermula dengan lapan lagi estet kejiranan - Bedok, Chua Chu Kang, Geylang Serai, Jalan Besar, Punggol, Sengkang, Toa Payoh dan Yishun.

Bilangan Pejabat Perkhidmatan Sosial (SSO) yang disokong di bawah rangkaian itu juga akan bertambah kepada 12 daripada empat yang ada sekarang.

Seramai 1,800 pelajar di serata Singapura dijangka dapat meraih manfaat daripada program tersebut setiap tahun.

Di samping itu, program Peningkatan Sumber Sekolah Uplift yang dirintis Kementerian Pendidikan (MOE) pada 2019 akan diluaskan kepada tambahan 24 sekolah rendah dan menengah, daripada hanya 23 sekolah sekarang.

Kementerian tersebut mempunyai rancangan meluaskannya lagi kepada sekitar 100 sekolah dalam beberapa tahun mendatang, yang dianggar dapat memberi sokongan kepada sekitar 13,000 pelajar.

Setakat ini, program itu telah membantu lebih 2,000 pelajar setiap tahun.

Dengan peluasan program tersebut, tambahan empat hingga lima guru setiap sekolah akan dikerahkan di 24 sekolah dalam fasa pertama.

Ini membolehkan sekolah-sekolah tersebut mempunyai kapasiti tambahan untuk meletakkan struktur, proses dan program yang disesuaikan bagi menyokong pelajar berisiko dan yang kurang bernasib baik.

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan peluasan program-program tersebut semalam semasa Acara Penghargaan Hand in Hand: Uplifting our Children Together anjuran MOE.

Dalam ucapannya, Encik Lee berkata dalam setiap masyarakat, akan selalu ada ketidaksamaan.

"Disebabkan itu, kanak-kanak yang membesar dalam keadaan yang berbeza akan mempunyai titik permulaan berbeza dalam kehidupan mereka.

"Ini adalah realiti dan masyarakat kita tiada bezanya.

"Namun, di Singapura, kami cuba sedaya-upaya mengurangkan ketidaksamaan ini untuk membina masyarakat yang lebih adil dan setara.

"Kami berazam mengelakkan kemiskinan dan kekurangan daripada terus berakar dari generasi ke generasi," ujar beliau.

Acara yang diadakan secara maya itu turut dihadiri Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing; Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman yang juga pengerusi Uplift; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling; dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

Laporan lanjut - PM Lee: Bantu tingkat kanak-kanak kurang bernasib baik 'misi yang tiada penghujungnya'


"Disebabkan itu, kanak-kanak yang membesar dalam keadaan yang berbeza akan mempunyai titik permulaan berbeza dalam kehidupan mereka. Ini adalah realiti dan masyarakat kita tiada bezanya. Namun, di Singapura, kami cuba sedaya-upaya mengurangkan ketidaksamaan ini untuk membina masyarakat yang lebih adil dan setara. Kami berazam mengelakkan kemiskinan dan kekurangan daripada terus berakar dari generasi ke generasi." 
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang menarik perhatian bahawa wujudnya ketidaksamaan dalam setiap masyarakat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3