Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

URA bakal kumpul pandangan awam tentang strategi penggunaan tanah bagi rancangan jangka panjang

Oct 11, 2021 | 05:47 PM



MULAI bulan ini, orang ramai boleh menyumbang pandangan mereka tentang bagaimana Singapura boleh menggunakan tanahnya pada jangka masa panjang menerusi enam sesi perbincangan maya dianjurkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).



Menurut URA pada Isnin (11 Oktober), ia sedang memulakan fasa kedua latihan keterlibatan awam, sebagai sebahagian daripada semakan rancangan jangka panjang.

Fasa 2 akan dijalankan mulai bulan ini hingga Disember.



Lebih 5,600 orang menyertai latihan Fasa 1.



Sebelum ini dikenali sebagai Pelan Konsep, rancangan jangka panjang itu akan memandu pembangunan bagi 50 tahun dan selanjutnya.



Rancangan disemak setiap dekad bagi mengambil kira perubahan permintaan dan tren berubah-ubah.



Sebagai sebahagian daripada fasa kedua, URA telah mengenal pasti empat ciri utama yang diinginkan bagi Singapura pada masa depan - iaitu inklusif, mudah membuat penyesuaian dan berdaya tahan, mapan serta tersendiri dan menimbulkan rasa sayang.



Singapura yang inklusif bermakna mereka kejiranan pada masa dengan dengan pelbagai perumahan yang dimampui dan bermutu untuk semua lapisan masyarakat, jelas URA.



Ini juga bermakna kemudahan lebih baik dan peluang pekerjaan berhampiran dengan rumah, dengan tahap akses dan mobiliti lebih baik.



“Adalah penting untuk memastikan pelan penggunaan tanah kita dan prasarana bandar menyediakan ruang untuk semua orang serta memperkukuhkan perpaduan dan keterangkuman (inclusiveness) sosial,” ujar URA.



Dalam pada itu, bagi membina Singapura yang berdaya tahan dan mudah menyesuaikan diri, tempat kerja dan rumah pada masa depan perlu direka dengan mengambil kira trend ekonomi baru dan teknologi, khususnya, kesan Covid-19, tambah URA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >