Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

URA cuba kamera di kenderaan kesan kesalahan letak kereta

Mar 19, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Pembangunan Semula Bandar (URA) akan melakukan percubaan bagi menguji apakah kesalahan meletak kenderaan dapat dikesan dalam masa nyata dengan menggunakan kamera yang dipasang di kenderaan.



Jurucakap URA semalam berkata ia khusus untuk mengkaji kemungkinan menggunakan analisis video pada kenderaan bergerak untuk mengenal pasti dan mengklasifikasikan pelbagai jenis kesalahan tempat letak kereta.



Kesalahan tersebut antara lain merangkumi tempat letak kenderaan di garisan kuning berganda; melawan arus trafik; di lorong jalan dengan garis putih berterusan tunggal yang melintasi jalan dwihala; serta luar petak meletak kereta.



Kamera yang berfungsi dalam semua cuaca dan pencahayaan itu dijangka mampu merakam keadaan jika kenderaan berat diletak di lot kereta.



Jika ujian berjaya, tenaga kerja yang dikerah mengesan pesalah dapat dikurangkan di masa depan, kerana hanya seorang sahaja yang diperlukan memandu kenderaan semasa operasi penguatkuasaan. Kesalahan yang disebut itu ketika ini disahkan secara fizikal.



Tiga komponen kenderaan penguat kuasa termasuk: kamera video, program mengesan nombor plat, dan mesin kecerdasan buatan yang memproses rakaman video dan menentukan jika kenderaan diletak secara tidak sah dan melanggar peraturan.



Percubaan selama enam bulan, yang merangkumi sekurang-kurangnya 15 tempat letak kereta tepi jalan di kawasan seperti Tanjong Pagar dan Little India, akan dimulakan pada separuh kedua tahun ini.



Ujian akan dilakukan pada hari bekerja antara 8.30 pagi dengan 6 petang dan antara 7.30 malam dengan 10.30 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >