Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

URA: Kawasan Sungai Kallang akan diperindah

Mar 29, 2017 | 01:23 PM



SEBANYAK 100,000 unit kediaman akan dibangunkan dalam tempoh 20 tahun mendatang dalam usaha pemerintah membangunkan dan memperindah semula kawasan Sungai Kallang.



Sungai terpanjang negara sepanjang 10 kilometer yang bermula dari Kolam Air Lower Peirce ini menyusuri banyak kawasan perumahan dan perusahaan seperti Ang Mo Kio, Bishan, Toa Payoh, Bendemeer dan Kallang Bahru, sebelum memasuki Kallang Basin.



Pada masa ini terdapat kira-kira 800,000 orang yang tinggal dalam lingkungan 2 kilometer dari Sungai Kallang.



Dalam melaksanakan projek ini, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada pagi tadi telah melancarkan pameran "Sebatang Sungai Menyusur" di laman bahagian dalam bangunan Pusat URA di Maxwell Road.



Ia mempamerkan pelbagai peluang yang ada untuk mempertingkat dan memperindah kawasan-kawasan sepanjang Sungai Kallang.



Pameran ini bertujuan mendapatkan saranan, maklum balas dan usulan idea orang ramai terhadap pelan awal konsep bagi meremajakan Sungai Kallang dan merancakkan kawasan-kawasan sekeliling sungai itu.



Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, merasmikan pelancaran projek itu.



Antara konsep yang dikemukakan URA adalah dengan melancarkan Projek Air Aktif, Bersih, Cantik (ABC Waters) di tepian sungai itu.



Salah satu idea yang sedang dibangunkan adalah dalam mewujudkan anak sungai dengan air yang melata yang diserikan dengan taman air hujan antara Bishan Road dan Braddell Road.



Selain itu beberapa kemudahan lain sedang diteliti untuk dibangunkan di kawasan sekitar SportsHub demi mengukuhkan kedudukannya sebagai daerah sukan dan riadah.



Sport Singapura, yang merupakan agensi sukan negara, akan bekerjasama dengan beberapa agensi lain untuk merubah kawasan di sepanjang Jalan Benaan Kapal dan menjadikannya sebuah ruang untuk masyarakat menikmati kehidupan yang cergas.



Dalam pada itu, URA juga merancang untuk melaksanakan projek pembangunan perumahan tepian pantai berkonsep taman dan memperbaharui estet-estet perindustrian lama yang terdapat di situ.



Kampong Bugis dan Kallang Distripark disasarkan untuk dibangunkan sebagai kejiranan perumahan menghijau sementara Estet Perusahaan Kallang pula berpotensi untuk dibangunkan semula menjadi kawasan perusahaan bagi penggunaan bercampur



Projek Kampong Bugis telah diumumkan oleh Encik Wong di parlimen baru-baru ini, dan konsultasi dengan pihak perusahaan telah pun bermula.



Usaha juga tertumpu kepada menyediakan laluan pergerakan aktif yang lancar di sepanjang Sungai Kallang antara Bishan dan pusat bandar.



Satu persiaran yang akan dibina di sepanjang Sungai Kallang akan mempunyai kesan pemangkin demi menggalak pembangunan di sekelilingnya.



Pameran ini turut menampilkan beberapa idea bagi mengatasi beberapa cabaran besar yang dihadapi di kawasan itu, umpamanya, mengadakan satu jabanah baharu dan satu jambatan bagi penunggang basikal yang merentasi Lebuh Raya Rentas Pulau (PIE).



URA juga menyatakan bahawa ia akan memperkayakan khazanah alam di Sungai Kallang dengan habitat sedia ada di sepanjang sungai kelak dilengkapi dengan lebih banyak laluan air, yang diserikan dengan kehijauan, dalam usaha memperkaya sumber daya alam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >