Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

URA: Pegawai penguat kuasa jarak selamat boleh masuk rumah tanpa waran

Aug 04, 2021 | 05:30 AM



PEGAWAI penguat kuasa jarak selamat boleh memasuki, memeriksa dan membuat kerja mencari di pelbagai premis termasuk kediaman individu tanpa waran bagi memeriksa jika ketetapan Covid-19 dipatuhi, kata Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) kelmarin.



"Walau bagaimanapun, pegawai ini akan menyesuaikan pendekatan mereka bagi setiap premis berdasarkan situasi setiap kes," tambah URA.



URA memberikan responsnya setelah pelakon Nick Mikhail memuatnaikkan video di Instagram mengenai pegawai URA dan pegawai polis yang memasuki rumahnya pada 31 Julai lalu.



Nick memuatnaikkan video sepanjang 7½ minit yang menarik 113,000 tontonan.



Dalam video itu, beliau mempersoal mengapa pegawai berkenaan boleh memasuki rumahnya pada waktu malam tanpa waran atau perintah mahkamah.



Beliau tiada di rumah pada waktu itu. Justeru, pegawai penguatkuasa itu berurusan dengan isterinya yang menurut Nick, sedang berehat ketika itu.



Nick kemudian memuatnaikkan satu lagi video yang dirakam kamera litar tertutup yang menunjukkan enam pegawai di rumahnya.



Malam kelmarin, Nick memuatnaikkan satu lagi video selama 15 minit mengenai kejadian itu.



URA berkata ia mengetahui tentang pos media sosial berkenaan dan telah menghubungi Nick bagi menangani keprihatinannya.



"Sejak lewat Jun tahun ini, pihak agensi telah menerima aduan berulang daripada penduduk di estet perumahan (rumah sebuah) berkenaan bahawa beberapa penduduk termasuk Nick Mikhail mengadakan perhimpunan dengan bilangan pengunjung melebihi yang sewajarnya.



"Terdapat juga aduan tentang bunyi bising daripada perhimpunan yang diadakan itu," tambah URA.



Sebagai usaha bertindak pada maklum balas yang diberi penduduk itu, pegawai dari agensi berbeza telah dikerahkan ke estet itu bagi memeriksa pelanggaran peraturan Covid-19 yang mungkin berlaku serta aduan bunyi bising berkenaan.



URA berkata pada 31 Julai lalu, tiga pegawai penguatkuasa jarak selamat dari URA, disokong tiga pegawai polis, menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan bersama di beberapa kediaman di estet berkenaan, termasuk di rumah Nick.



"Mereka juga nampak dua kereta yang diletakkan di luar rumah dan langsung masuk ke rumah itu bagi memastikan terdapat pengunjung ke unit itu atau tidak dan jika bilangannya dalam lingkungan had yang ditetapkan pemerintah," kata URA.



Para pegawai itu memasuki ruang meletak kereta dan mengetuk pintu rumah itu. Mereka mengenalkan diri mereka dan menjelaskan sebab mengunjungi rumah tersebut.



"Wanita itu bersetuju membenarkan pegawai itu masuk dan mengiringi mereka mengelilingi rumah itu bagi tujuan pemeriksaan," kata URA sambil menambah tiga pegawai berkenaan termasuk pegawai wanita mengikuti wanita itu.



URA menambah pemeriksaan itu dibuat dalam masa kurang 10 minit. Mereka kemudian memeriksa rumah lain di kawasan itu.



"Pegawai penguatkuasaan jarak selamat dan pegawai polis berkenaan bersikap sopan terhadap wanita itu dan melayannya dengan hormat sepanjang pemeriksaan dibuat," jelas URA.



Dalam tempoh Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat), saiz kumpulan bagi perhimpunan sosial terbatas pada dua orang sahaja. Terdapat had pada dua pengunjung bagi setiap isi rumah setiap hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >