URA undang maklum balas mengenai lintasan Sungai Kallang

PENGUASA Pembangunan Semula Bandar (URA) sedang mendekati orang awam bagi mendapatkan maklum balas mengenai rancangan meningkatkan hubungan di tujuh kawasan di sepanjang Sungai Kallang, sebagai sebahagian daripada usaha menyuntik nafas baru kepada sungai itu.

Di tujuh lokasi ini, jalan utama - Ekspreswe Central (CTE), Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), Serangoon Road, Bendemeer Road, Kallang Bahru, Boon Keng Road dan Sims Avenue - menghalang akses kepada pejalan kaki dan penunggang basikal di sepanjang sungai itu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan