Urbanathlon 2016 bakal uji peserta dengan cabaran baru
Jan 09, 2016 | 05:30 AM
KELUAR dari zon selesa anda dan uji diri sendiri dalam acara lasak berhadangan, Men's Health Urbanathlon (MHU) 2016.
Acara tahunan anjuran SPH Magazines itu akan menampilkan sembilan cabaran - enam cabaran baru - yang bakal menguji had kebolehan tersendiri.