Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Urus niaga fintech capai rekod $833 juta bagi enam bulan pertama

Aug 11, 2021 | 05:30 AM



INDUSTRI teknologi kewangan (fintech) Singapura mencatatkan jumlah urus niaga yang tertinggi dalam masa tiga tahun pada separuh pertama tahun ini, hasil usaha korporat mempercepatkan transformasi digital.



Sebanyak 72 urus niaga bernilai AS$614.2 juta ($833.8 juta) dicatatkan dalam masa enam bulan yang berakhir 30 Jun lalu - iaitu 22 peratus lebih tinggi berbanding 59 urus niaga pada tahun lalu.



Ini juga adalah 50 peratus lebih tinggi daripada 48 urus niaga yang dicatatkan pada separuh pertama 2019, menurut perangkaan oleh firma KPMG yang dilaporkan The Straits Times semalam.



Para pengamat KPMG menarik perhatian bahawa ini adalah sejajar dengan trend global korporat meningkatkan kegiatan pelaburan selepas berdepan dengan tekanan memuncak untuk mempercepatkan transformasi digital serta merangsang keupayaan digital.



Laporan KPMG berkata firma-firma mencatatkan sekitar 600 urus niaga bernilai AS$21 bilion secara global.



Di Singapura, syarikat fintech menjalin urus niaga yang bernilai lebih rendah berbanding tahun lalu - dengan nilai urus niaga pada separuh pertama tahun lalu melebihi AS$1.02 bilion.



Sebahagian besar nilai urus niaga itu disumbang oleh urus niaga Grab yang bernilai AS$856 juta pada tahun lalu.



Walau demikian, nilai urus niaga sebanyak AS$614 juta yang dicatatkan pada separuh pertama tahun ini adalah berganda berbanding dengan tempoh sama dua tahun lalu, iaitu AS$302.6 juta.



Trend ini, menurut KPMG, adalah konsisten dengan trend pembiayaan yang berkurangan daripada korporat disebabkan oleh konsolidasi dan kemunculan peneraju baru di merata negara dan rantau.



Laporan itu berkata, korporat tidak lagi menyertai dalam pusingan pendanaan mega bagi syarikat terbesar - yang kemungkinan besar tidak lagi memerlukan modal atau sudahpun tersenarai.



KPMG tetap meramalkan taksiran bagi landskap fintech Singapura akan meningkat dalam enam bulan mendatang, memandangkan 'ledakan' syarikat pemerolehan tujuan khusus (SPAC) berpangkalan di Amerika Syarikat mungkin menunjukkan lebih banyak minat dalam syarikat pemula di sini.



Misalnya, penyatuan bersejarah Grab dengan Altimeter Growth Corp, bernilai AS$40 juta, yang dijangka selesai pada separuh kedua tahun ini.



Satu lagi contoh ialah dana AS$300 juta dikumpul Gojek, semasa pusingan pendanaan pada separuh pertama tahun ini serta penggabungannya dengan wadah Tokopedia, bagi membentuk kumpulan GoTo, yang bernilai AS$18 bilion.



Beralih kepada jenis fintech yang paling disasarkan, laporan itu berkata syarikat pembayaran telah menikmati tempat teratas dalam senarai pelabur secara global - dengan mencatatkan nilai urus niaga tertinggi dalam kalangan segmen fintech lain iaitu AS$19 bilion pada separuh pertama tahun ini.



Huraian kewangan yang diterapkan dalam aplikasi runcit dan wadah sistem eko di samping sub-sektor "beli dulu, bayar kemudian" telah menarik minat pelabur.



Secara keseluruhan, KPMG meramalkan trend pelaburan fintech yang rancak di kebanyakan rantau di dunia, walaupun huraian keselamatan siber juga akan menarik tumpuan pelabur ekoran urus niaga digital yang bertambah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >