Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Urus niaga kondo jualan semula susut 23.8% di tengah langkah reda pasaran

Feb 16, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH penjualan kondominium jualan semula di sini susut 23.8 peratus bulan lalu, di tengah-tengah langkah meredakan pasaran hartanah yang diperkenal Disember lalu.



Namun, harga kondominium jualan semula terus meningkat, naik 0.4 peratus bulan lalu, menurut perangkaan awal oleh 99.co dan SRX Property yang dikeluarkan semalam.



Ini menandakan kenaikan harga buat 18 bulan berturut-turut.



Berbanding Januari tahun lalu, harga kondominium jualan semula di Singapura naik 9.2 peratus.



Sekitar 1,118 unit dianggarkan bertukar tangan bulan lalu, turun daripada 1,468 unit pada bulan sebelumnya.



Ini menandakan kemerosotan jumlah jualan semula buat lima bulan berturut-turut.



Menurut pakar hartanah, kemerosotan jumlah jualan semula itu antara lain akibat pembeli yang terjejas dek langkah penyejukan hartanah, termasuk kadar cukai setem pembeli tambahan (ABSD) yang lebih tinggi.



Sejak 16 Disember lalu, kadar ABSD dinaikkan daripada 12 peratus kepada 17 peratus bagi warga yang membeli hartanah kediaman kedua, dan daripada 15 peratus kepada 25 peratus bagi mereka yang membeli hartanah ketiga dan seterusnya.



Nisbah bayaran pinjaman hutang (TDSR) bagi peminjam juga diketatkan daripada 60 peratus kepada 55 peratus.



ABSD bagi warga asing yang membeli hartanah kediaman ialah 30 peratus, naik daripada 20 peratus.



Ketua Eksekutif Huttons Asia, Encik Mark Yip, berkata jualan yang lebih rendah itu mungkin disebabkan tempoh menjelang Tahun Baru Cina dan ketidaksepadanan dalam jangkaan harga antara pembeli dengan penjual.



Namun, beliau menarik perhatian bahawa walaupun jumlah jualan semula berkurangan, harga urus niaga kekal tinggi.



Harga urus niaga tertinggi bagi unit kondominium jualan semula bulan lalu ialah $14.1 juta bagi sebuah unit di Hilltops, sebuah kondominium pegangan bebas di Orchard.



Di pinggir bandar, harga urus niaga tertinggi ialah $11 juta bagi sebuah unit pajakan 99 tahun di Reflections at Keppel Bay di HarbourFront.



Ketua penyelidikan dan kandungan PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying, berkata pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang ingin berpindah ke kondominium dijangka akan merangsang permintaan kondominium jualan semula tahun ini.



"Dengan harga flat HDB jualan semula berada pada paras tertinggi sekarang, ini mungkin menggalak lebih ramai pemilik flat menjual flat mereka dan berpindah ke perumahan privet.



"Tambahan pula, dengan jumlah tinggi flat yang bakal mencapai tempoh penginapan minimum (MOP) lima tahun, tahun ini - dianggarkan lebih 31,000 unit - beberapa keluarga juga mungkin mengambil peluang berpindah ke kondominium privet," ujar Cik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >