Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Urus perbezaan sedang debat fasal 377A bergerak ke hadapan

HAN FOOK KWANG

Sep 08, 2022 | 05:30 AM



APABILA Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan di Rapat Hari Kebangsaan (NDR) dua minggu lalu bahawa pemerintah akan memansuhkan undang-undang menjenayahkan seks sesama lelaki dengan persetujuan bersama, hadirin menyambutnya dengan bertepuk tangan.



Bagi lelaki gay, rakan-rakan dan penyokong mereka, ini pasti terasa seperti fajar baru untuk akhirnya dihapuskan undang-undang yang mendiskriminasi dan mengasingkan mereka.



Tetapi bagi sebahagian lagi rakyat Singapura, ia mungkin merupakan suatu detik kesedihan.



Jika anda percaya orang-orang gay ini tidak normal dan mereka memiliki pengaruh buruk terhadap nilai-nilai tradisi dan cara hidup, anda tidak akan senang untuk menerima keputusan itu.



Dalam beberapa minggu ini, beberapa pertubuhan agama telah menjelaskan kedudukan mereka tentang hal ini, dan melahirkan prihatin terhadap perubahan ini.



Majlis Kebangsaan Gereja-Gereja Singapura (NCCS), iaitu sebuah pertubuhan induk bagi gereja Kristian, berkata pihaknya khuatir langkah memansuhkan undang-undang ini boleh mendorong kepada perkahwinan sesama jantina.



Pada masa yang sama juga jika pemansuhan ini tidak dibenarkan, ia dilihat sebagai bertentangan dengan Perlembagaan, yang memberi hak sama rata kepada semua rakyat tanpa membezakan kecenderungan amalan seks mereka.



NCCS meminta kepastian daripada Pemerintah supaya mereka diberi kebebasan untuk mengajar menentang perbuatan seks gay ini.



Paderi William Goh dari Gereja Kristian Roman Katholik, mengatakan hal saya sama, sekalipun dalam nada yang lebih beralas, apabila beliau berkata:



"Saya fikir sebab-sebab mengapa Kristian dan Katolik...khuatir tentang pemansuhan fasal 377A ini adalah ia boleh mendorong kepada suatu keadaan seperti di Barat, di mana kita sampai tidak boleh berkata yang hubungan sesama seks itu salah...



"Bagi kami, ini tidak boleh diterima. Jadi kita mesti berhak untuk terus mengajarkan (hal ini) di sekolah-sekolah Katolik kami.



"Kami bukan membantah pemansuhan fasal 377A...kami hanya mengatakan yang kami mesti bebas untuk mengajarkan apa yang menurut kepercayaan kami, mengamalkan apa yang kami ajarkan."



Ulasan itu menunjukkan adanya perbezaan pendapat yang ketara terhadap isu ini.



Walaupun undang-undang akan dipinda, mereka yang membantah pindaan itu tidak akan merubah pandangan mereka terhadap perbuatan seks sesama lelaki.



Tetapi kerana tidak mempunyai pilihan, harus menerima keputusan pemerintah.



Namun mereka akan terus mengajarkan tentang bantahan terhadapnya kepada umat mereka dan cuba membataskan peluasan hak gay ini, seperti membenarkan perkahwinan sesama jantina.



Dalam pada itu, para aktivis gay melihat perubahan itu sebagai hasil kerja keras mereka selama ini, dengan lebih banyak lagi rintangan yang harus diatasi sedang mereka cuba memperjuangkan hak sama rata dalam hal-hal lain.



Pendirian kukuh kedua-dua pihak tidak akan berubah, sekalipun buat masa yang panjang.



Apabila sesuatu itu mengaitkan soal identiti dan moral, ia sukar untuk merubah hati dan pemikiran kepercayaan pengikutnya.



Contohnya, keputusan baru-baru ini oleh Mahkamah Agung Amerika Syarikat menarik balik perintah yang dibuat pada 1973 mengenai hak melakukan pengguguran, menunjukkan tidak banyak perubahan dilihat di Amerika sekalipun selepas 50 tahun.



Para pejuang yang pro-pengguguran dan pro-kehidupan, masing-masing masih tidak berganjak dengan pendirian mereka walau sudah ada perubahan dalam masyarakat di Amerika hampir setengah abad.



BAGAIMANA SINGAPURA HARUS MENANGANI ISU INI?



Pertama, menerima bahawa hampir mustahil untuk memaksa penentang dan penyokong hak asasi gay supaya merubah kedudukan asas mereka.



Perbezaan pandangan ini sudah berakar umbi dan harus dihormati oleh kededua pihak dan oleh pemerhati berkecuali, termasuk pemerintah.



Persoalannya adalah bagaimana menguruskannya secara terbaik yang membolehkan semua pihak hidup tanpa memecahbelahkan masyarakat Singapura.



Ini bermakna tidak menghancurkan lawan anda dan menuduh mereka dengan bermacam-macam tuduhan yang jahat di dunia.



Jangan samakan semua aktivis gay sebagai kumpulan progresif yang berhaluan kiri yang mahu merubah semua norma sosial, atau lebih buruk lagi, menganggap mereka itu pelaku seks rambang dan hedonistik.



Atau mereka yang menentang hak asasi gay sebagai fanatik agama dan anti kemodenan yang hidup di zaman kuno.



Tetap kepada isu yang sedang dihadapi; sama ada undang-undang dimansuhkan atau tidak.



Apakah dua lelaki atau dua wanita yang saling bersetuju, yang hidup bersama sejak bertahun-tahun boleh dibenarkan atau tidak untuk membesarkan anak-anak dan menikmati hak asasi menjaga anak seperti juga yang dilakukan oleh pasangan lelaki dan wanita?



Kedua, menerima bahawa pandangan kedua-dua pihak masih kukuh, masyarakat pada umumnya akan berubah.



Di Singapura, terutamanya, perubahan kependudukan telah berlaku dengan pesatnya, dengan implikasi terhadap norma sosial dan nilai.



DUNIA TIDAK STATIK



Saya hairan melihat hasil satu tinjauan terbaru tentang sikap terhadap gay yang mendedahkan perbezaan ketara antara rakyat muda Singapura dengan yang lebih tua.



Contohnya, satu kajian oleh Blackbox Research selepas NDR menunjukkan lebih 60 peratus mereka yang berusia antara 18 dan 24 tahun menyokong perkahwinan gay, sementara hanya 15 peratus saja daripada mereka berusia 50 tahun ke atas menyokongnya.



Satu lagi kajian oleh Ipsos mendapati 67 peratus rakyat Singapura berusia 18 hingga 29 tahun berkata mereka malah lebih menerima hubungan sesama seks berbanding hanya 29 peratus daripada kalangan berusia 50 tahun ke atas.



Saya tahu adanya perbezaan pandangan antara generasi tetapi tidak terfikir yang jurangnya begitu luas.



Ini menunjukkan bagaimana pemikiran telah berubah begitu pesat dalam beberapa tahun, dan ini mencerminkan apa yang berlaku juga di negara-negara lain.



Pada tahap ini, perkahwinan sesama seks mungkin disokong oleh kebanyakan orang di sini lebih cepat daripada yang dijangkakan.



Ini akan memicu kepada suatu perdebatan yang lebih hangat yang akan menguji keupayaan negara ini dalam menguruskan perbezaan mendalam di kalangan rakyatnya.



Pemerintah wajar memastikan yang apabila perbalahan ini berlaku, ia akan dihuraikan oleh Parlimen dan bukan di mahkamah.



  • Penulis Editor Kelana akhbar The Straits Times (ST). Rencana ini pertama kali diterbitkan di ST pada 4 September 2022.


“Saya tahu adanya perbezaan pandangan antara generasi (yang muda dengan yang tua) tetapi tidak terfikir yang jurangnya begitu luas. Ini menunjukkan bagaimana pemikiran telah berubah begitu pesat dalam beberapa tahun, dan ini mencerminkan apa yang berlaku juga di negara-negara lain. Pada tahap ini, perkahwinan sesama seks mungkin disokong oleh kebanyakan orang di sini lebih cepat daripada yang dijangkakan. Ini akan memicu kepada suatu perdebatan yang lebih hangat yang akan menguji keupayaan negara ini dalam menguruskan perbezaan mendalam di kalangan rakyatnya. Pemerintah wajar memastikan yang apabila perbalahan ini berlaku, ia akan dihuraikan oleh Parlimen dan bukan di mahkamah.”
- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >