Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Urus sekolah di Aceh, taja 'bas' pendidikan di Lebanon

Apr 06, 2021 | 05:30 AM



BIDANG pendidikan menjadi tumpuan Global Ehsan Relief (GER) tahun ini.



Ia meliputi usaha mentadbir sebuah sekolah agama di Aceh, Indonesia, yang diambil-alih pengurusan dan operasinya oleh GER pada akhir 2020.



Sekolah anak yatim Ibn Sina di Kuala Batee, Aceh Barat Daya, itu antara enam projek pendidikan GER merangkumi negara di Jordan, Syria, Lebanon, Kemboja dan Pakistan, selain Indonesia.



Menjelaskan lanjut, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GER, Encik Basheer Ahmad Ali, berkata kos operasi sekolah Ibn Sina itu akan dibiayai GER termasuk dalam membayar gaji tenaga pengajar.



Ini dilakukan menerusi pejabat GER di Indonesia yang berdaftar sebagai badan amal di negara itu.



Menurut Encik Basheer, sekolah tersebut diharap dapat memberi pendidikan lebih sempurna kepada anak yatim tajaannya yang berjumlah 800 orang, dengan 500 daripadanya di Indonesia.



"Kami mempunyai ramai anak yatim dan mereka berada di serata Indonesia.



"Oleh itu kami membuat keputusan untuk mengambil-alih sekolah tersebut supaya anak-anak yatim boleh datang belajar di sekolah itu dan kami dapat uruskan mereka dengan lebih baik," kata Encik Basheer.



Menurutnya, GER mengambil-alih sekolah itu daripada pihak di Indonesia kerana pengendali sebelumnya menghadapi masalah kewangan.



GER, ujarnya, mempunyai dana yang boleh digunakan untuk mengendali sekolah tersebut.



Sekolah Ibn Sina kini mempunyai 50 pelajar, kebanyakannya anak yatim tetapi boleh menampung 700 pelajar.



Encik Basheer berharap anak-anak yatim di bawah naungan GER di Indonesia itu secara bertahap dapat disertakan di sekolah berkenaan.



Satu lagi projek pendidikan baru yang akan ditaja GER dalam bulan Ramadan ini ialah program pendidikan bergerak untuk anak-anak pelarian Syria yang tinggal di kem-kem pelarian di Lebanon.



Menurutnya rakan kerja GER di sana telah mengubah-elok sebuah bas menjadi sekolah bergerak yang akan mengunjungi kem-kem itu untuk mengajar kanak-kanak tersebut.



"Kami juga mempunyai dana bagi membiayai beberapa program pendidikan ini bagi sepanjang 2021," katanya sambil menambah setiap program ditaja itu berjumlah sekitar $25,000 setahun.




"Kami mempunyai ramai anak yatim dan mereka berada di serata Indonesia.

Oleh itu kami membuat keputusan untuk mengambil-alih sekolah tersebut supaya anak-anak yatim boleh datang belajar di sekolah itu dan kami dapat uruskan mereka dengan lebih baik."

- Encik Basheer Ahmad Ali, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ehsan Relief (GER).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >