Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Urusan jual-beli flat dipermudah

Mar 05, 2021 | 05:30 AM



PEMBELI flat berpeluang untuk menghantarkan dokumen yang diperlukan untuk menilai kelayakan mereka menerima geran atau pinjaman melalui satu permohonan, berbanding permohonan berbeza sebelum ini.

Mereka juga boleh membuat permohonan untuk pinjaman untuk membayar rumah dari institusi kewangan tertentu secara langsung melalui portal flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), tanpa perlu membuat permohonan berbeza, menurut Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee semalam.

Ini merupakan antara inisiatif baru yang akan dilancarkan tahun ini untuk memudahkan proses membeli dan menjual flat HDB, kata Encik Lee semasa perbahasan belanjawan Kementerian Pembangunan Negara (MND).

Buat masa kini, pembeli flat akan dinilai secara berasingan untuk menentukan kelayakan mereka untuk membeli flat baru atau jualan semula, sama ada mereka layak mendapatkan pinjaman rumah HDB, atau geran perumahan Tabung Simpanan Pekerja (CPF).

Tiga penilaian ini akan dilakukan melalui satu permohonan yang dibuat melalui portal flat HDB.

Hasil penilaian itu akan dihantar kepada pemohon melalui surat Kelayakan Flat HDB (HFE).

"Ini memberikan maklumat jelas dan menyeluruh berkaitan perumahan dan kewangan bagi pilihan perumahan mereka," kata Encik Lee.

HDB juga akan bekerjasama dengan agensi pemerintah lain untuk mendapatkan butiran pemohon untuk membuat penilaian jika perlu dan dengan izin pemohon.

Dengan itu, pemohon tidak lagi perlu memberikan butiran mereka sekali lagi secara manual.

Pembeli juga boleh menggunakan khidmat permohonan pinjaman rumah bersepadu di portal flat HDB yang membolehkan mereka membuat permohonan untuk kelulusan dan surat tawaran dari bank tertentu.

Bank-bank ini kemudian akan memberitahu pembeli tentang keputusan permohonan mereka.

Dengan itu, pembeli tidak lagi perlu membuat permohonan kepada bank berbeza, dan menghantarkan keputusan permohonan itu kepada HDB.

Pembeli juga akan menerima panduan dalam proses mereka membeli flat, dari permohonan hingga pengambilan kunci, melalui wadah digital baru di portal flat HDB.

"Wadah itu akan mengumpulkan semua maklumat relevan dan memberikannya kepada pembeli di masa-masa tertentu dan membolehkan mereka menempah slot bagi janji temu yang diperlukan dengan mudah," kata Encik Lee.

Dilancarkan Januari lalu, portal flat HDB itu mengumpulkan semua maklumat mengenai flat HDB sedia ada dan baru.

Ini termasuk khidmat pengiraan bagi pembeli untuk menganggarkan kos perumahan mereka dan membandingkan pilihan perumahan.

SingPass diperlukan untuk menggunakan beberapa khidmat tertentu di portal itu.

Maklumat lanjut berkaitan ciri-ciri baru ini akan diberikan oleh HDB lewat tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >