Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN SIDANG JAWATANKUASA HAK ISTIMEWA PARLIMEN

Urutan keterangan Raeesah dan WP

Dec 05, 2021 | 05:30 AM



BERIKUT sekilas garis masa peristiwa menurut keterangan Cik Raeesah Khan dan anggota Parti Pekerja (WP) lain yang dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Istimewa.



Jawatankuasa itu telah memberikan laporan khas kepada Parlimen kelmarin.



3 Ogos: Dalam bahas mengenai usulan memperkasa wanita di Parlimen, Cik Raeesah Khan berkongsi pengalamannya menemani seorang mangsa rogol berusia 25 tahun ke balai polis bagi membuat laporan tiga tahun lalu, dan pegawai polis yang mewawancara mangsa dikatakan membuat komen tidak sesuai mengenai pakaiannya dan bahawa beliau minum arak. Cik Raeesah enggan memberi butiran lanjut apabila ditanya dan berkata tidak mahu mangsa trauma lagi.



7 Ogos: Cik Raeesah memberitahu ketua WP, Encik Pritam Singh, beliau telah berbohong semasa berucap di Parlimen pada 3 Ogos 2021.



8 Ogos: Cik Raeesah menemui Encik Singh, Cik Sylvia Lim dan Encik Muhamad Faisal Abdul Manap di rumah Encik Singh. Ketiga-tiganya melahirkan rasa amat kecewa dan marah, namun turut rasa belas apabila Cik Raeesah memberitahu mereka beliau berbohong pada 3 Ogos lalu. Menurut Cik Raeesah, mereka menasihatkannya bahawa perkara terbaik untuk dilakukan adalah untuk "mengekalkan naratif itu". Beliau berkata, para pemimpin parti itu memutuskan untuk mengekalkan pembohongan jika Cik Raeesah tidak ditekan kerana tidak akan ada keperluan untuk "menjelaskan kebenaran".



3 Oktober: Encik Singh bertemu Cik Raeesah di rumahnya, dan memberitahu Cik Raeesah beliau menjangkakan Cik Raeesah akan ditekan tentang isu pembohongan itu di Parlimen keesokannya. Menurut Cik Raeesah, apa yang beliau fahamkan daripada perbincangan itu adalah beliau tidak akan menghadapi sebarang pengadilan daripada Encik Singh jika beliau "teruskan" atau "kekalkan" naratif.



4 Oktober: Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, meminta Cik Raeesah memberikan butiran kejadian dan berkata polis tidak menemui sebarang kes yang didakwa Cik Raeesah. Cik Raeesah berkata ceritanya adalah benar tetapi berulang kali menolak untuk mendedahkan butiran lanjut disebabkan oleh isu kerahsiaan. Encik Shanmugam berkata polis akan terus menyiasat dan mewawancara beliau mengenai kes itu. Cik Raeesah kemudian bertemu Encik Singh dan Cik Lim di pejabat Encik Singh untuk membincangkan tentang apakah langkah seterusnya yang harus diambil. Beliau berkata tiada perbincangan mengenai mengapa beliau tidak mematuhi sebarang arahan atau perintah Encik Singh untuk menjelaskan kebenaran, bertentangan dengan urutan peristiwa Encik Singh yang dikongsi dalam sidang media WP pada 2 Disember.



7 Oktober: Cik Raeesah mendapatkan nasihat Encik Singh dan Cik Lim setelah beliau menerima e-mel daripada polis untuk diwawancara. Menurutnya, mereka mengarahkan beliau untuk tidak menjawab dan tidak mengendahkan permintaan itu kerana polis tidak boleh memaksanya berbual dengan mereka. Cik Raeesah berkata, beliau bimbang untuk membuat kenyataan kepada polis berbanding membuat penjelasan di Parlimen di mana beliau mempunyai hak istimewa Parlimen.



12 Oktober: Cik Raeesah memberitahu penolong setiausahanya, Cik Loh Pei Ying, dan anggota WP, Encik Yudhishthra Nathan, beliau akan mengaku telah berbohong dan menjelaskan kenyataan palsu itu di Parlimen. Beliau juga bertemu Encik Singh dan Cik Lim, sambil menambah bahawa dua pemimpin WP tersebut pada masa itu berpandangan perkara itu tidak akan dilepaskan. Selepas berbincang, ia diputuskan bahawa Cik Raeesah harus mengaku beliau telah berbohong dan memberitahu perkara sebenarnya. Cik Raeesah menambah beliau diberitahu tiada tindakan disiplin yang akan diambil terhadapnya.



20 Oktober: Polis berkata mereka tidak dapat menemui kes yang didakwa Cik Raeesah meskipun setelah melakukan pencarian meluas, dan bahawa Cik Raeesah tidak menjawab dua permintaan untuk diwawancara.



1 November: Cik Raeesah menjelaskan di Parlimen bahawa beliau telah berbohong pada 3 Ogos dan 4 Oktober lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >