Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usah bimbang dengan perubahan ekonomi, Yaacob

Jul 22, 2017 | 07:24 PM



PERUBAHAN akan berlaku dan ia tidak dapat dielak. 



Namun, masyarakat tidak seharusnya berasa gentar dengan ketibaannya. 



Ini kerana di sebalik cabaran yang datang, sebenarnya terdapat peluang yang tiba seiringan. 



Demikian dinyatakan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, di akhir sesi Sembang Petang 2017: SkillsFuture & Pembelajaran Sepanjang Hayat, di OneKM Mall, Tanjong Katong Road, semalam. 



“Perubahan itu akan datang sama ada anda suka atau tidak. Dan kita mesti bersedia untuk melalui perubahan itu. Kita tidak mahu mewujudkan rasa gentar atau kebimbangan di kalangan masyarakat tetapi kita mahu mewujudkan harapan dan jangkaan,” ujarnya. 



Menjelaskan lanjut, Dr Yaacob akui wujudnya perasaan sedemikian di kalangan masyarakat. 



Mereka bimbang kehilangan pekerjaan dengan kian berleluasanya teknologi infokom (ICT), kecerdasan buatan (AI), kemunculan robot yang boleh menggantikan tugas manusia seperti golongan profesional seperti doktor dan sebagainya. 



“Saya fikir kita tidak mahu membawa cereka sains ke dalam dunia sebenar. Apa yang kami mahu mereka tahu ialah semua itu adalah alat (Sub: tools) yang boleh digunakan (Sub: enablers). Ia bukan satu ancaman untuk anda,” tambah Dr Yaacob. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >